klik atas

backlink

gambar laju

Friday, April 1, 2011

Berita Tsunami Terbaru 1 April 2011

Tiga gegaran dalam 30 minit di Jepun

30/03/2011 11:10pm

MIYAGI 30 Mac - Tiga gegaran susulan dalam tempoh 30 minit di bandar Sendai, Miyagi, mencemaskan 19 petugas media Malaysia dan 30 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia di sini malam ini.
Ketika kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, kesemua mereka yang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Jepun itu sedang menginap di sebuah hotel di sini.
Gegaran yang berlaku kira-kira seminit bagi setiap gegaran itu merupakan pengalaman pertama dilalui kesemua mereka.
Kejadian itu menyebabkan ada antara yang turun ke tingkat bawah hotel 14 tingkat itu dan ada juga yang mendiamkan diri di dalam bilik.
Mungkin bagi penduduk tempatan gegaran susulan ini sering berlaku namun ini satu pengalaman bagi peserta misi ini.
Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kejadian tidak diingini seperti kerosakan harta benda mahupun kehilangan nyawa berlaku.
Menurut penduduk, sejak negara matahari terbit ini dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9.0 pada skala Richter 11 Mac lepas, terdapat hampir 500 gegaran susulan berlaku dan ini merupakan fenomena biasa - Bernama

Singapura temui kubis dari Jepun punyai kesan radiasi

30/03/2011 11:41pm

VIENNA 30 Mac - Singapura memaklumkan kepada pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terdapat kubis yang diimport dari Jepun yang mempunyai kesan radiasi sehingga ke tahap sembilan.
Perkara itu didedahkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada sidang akhbar hari ini. - Reuters

Bayi baru lahir tidak terlepas kawalan Radiasi

TOKYO 31 Mac -

Bayi, lahir hari selepas gempa bumi dan tsunami yang memporakporandakan Jepun, diuji untuk radiasi berhampiran stesen tenaga nuklear lumpuh Fukushima.

Rio Nagashima datang ke dunia hanya empat hari selepas bencana itu kerosakan kritikal ke kilang Fukushima, 31 batu dari kota kelahirannya Asakamachi.

Ibu Rio mengambil bayi untuk screening radiasi di Koriyama kerana kebimbangan terus kebocoran dari kilang di Jepun timur laut. Kebimbangan ini meningkat berikut penemuan yodium radioaktif dalam air laut berdekatan.

Radiasi tinggi dijumpai dalam air dalam tanah

01/04/2011 2:43am

TOKYO 1 April - Radiasi tinggi, iodine-131 iaitu 10,000 kali ganda daripada piawaian selamat kerajaan ditemui pada air dalam tanah kawasan loji nuklear yang rosak itu akibat kejadian gempa.
Jurucakap Tokyo Electric Co. (TEPCO) berkata, sampel air itu diambil pada pukul 11.10 pagi 15 meter di bawah reaktor 1 loji Fukushima. - AFP

Radiasi dalam daging lembu di Jepun

01/04/2011 2:44am

TOKYO 1 April - Jepun menemui radiasi melebihi paras yang dibenarkan di dalam daging lembu yang berdekatan dengan loji nuklear yang rosak itu.
Kementerian Kesihatan memaklumkan kesan radiasi yang ditemui di dalam daging lembu dari Tenei, Fukushima, 70 kilometer dari loji itu melebihi 500 kali.
Pemeriksaan lebih lanjut akan dilakukan kepada lembu-lembu yang berada berdekatan dengan kawasan itu. - AFP

Radiasi cecah lebih 4,000 ganda

TOKYO 31 Mac - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesan radiasi tinggi di luar zon sebelum ini dan paras radioaktif di air laut mencecah lebih 4,000 kali ganda berbanding had dibenarkan.
Menurut IAEA, paras radioaktif iodin di perairan berhampiran loji nuklear Fukushima kini mencecah 4,385 kali lebih tinggi berbanding had dibenarkan, yang juga rekod tertinggi sejak krisis nuklear melanda Jepun.
Sehubungan itu, IAEA menyarankan Jepun meluaskan zon perpindahan di sekitar loji nuklear Fukushima.
Menurut agensi itu, Jepun perlu menimbangkan untuk meluaskan zonnya yang diletak pada 20 kilometer sebelum ini selepas radiasi tinggi dikesan di lokasi sejauh dua kali ganda daripada jarak tersebut.
Kerajaan sebelum ini menasihati kira-kira 136,000 penduduk di kawasan dalam lingkungan 20 hingga 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima supaya berpindah, namun tidak menegaskannya dan hanya meminta penduduk tinggal di dalam rumah jika enggan berpindah.
IAEA melaporkan, penduduk di kampung Iitate, kira-kira 40 kilometer dari loji nuklear Daiichi, sepatutnya diarah berpindah selepas radiasi tinggi yang melebihi had dikesan di situ.
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, bagaimanapun tidak memberikan sebarang isyarat bahawa kerajaan akan menimbangkan cadangan IAEA itu.
"Buat masa ini kita tiada sebab untuk memikirkan radiasi itu memberi kesan kepada kesihatan manusia. Kita perlu meneliti situasi ini dan lihat jika paras radiasi terus meningkat," katanya pada satu taklimat kepada media.
Perdana Menteri Naoto Kan hari ini berkata, loji nuklear tersebut perlu ditutup selepas krisis terburuk atom dunia sejak bencana Chernobyl pada 1986 itu masih belum dapat diselesaikan. - Reuters/AFP

Pahang jamin tiada kesan radiasi

BENTONG 31 Mac – Kerajaan Pahang memberi jaminan kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporations Ltd. (Lynas) dari Australia untuk menghasilkan produk berkaitan tenaga di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan adalah selamat.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan, sebelum meluluskan tapak pembinaan kilang tersebut, kerajaan negeri telah mendapat penjelasan dan pandangan daripada Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan pakar mengenai tahap keselamatan penduduk terhadap kesan radioaktif atau radiasi dari kilang tersebut.
Menurut beliau, pembinaan kilang tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pembinaan loji nuklear sebagaimana digembar-gemburkan sesetengah pihak sehingga menyebabkan orang ramai berasakan kehidupan harian mereka terancam.

Sebelum itu, Adnan dan semua anggota Exco kerajaan negeri mendengar penerangan daripada LPTA dan pakar tenaga atom yang diketuai Ketua Pengarah LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan.
Menurut Adnan, pihaknya berharap penduduk Kuantan tidak panik atau gusar apabila kilang itu beroperasi kerana ia tidak akan membebaskan radiasi dan membuang sisa-sisa air yang digunakan untuk memproses bahan tersebut kerana ia akan dikitar semula.
‘‘Kita akan memberikan penerangan kepada penduduk Kuantan dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjelaskan isu-isu berkaitan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar.
‘‘Rakyat berasa terancam kerana pembinaan kilang tersebut telah disensasikan oleh pembangkang apabila dikaitkan dengan kesan kebocoran radiasi yang berlaku di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima, Jepun akibat kejadian gempa bumi dan tsunami baru-baru ini.
‘‘Kilang yang dibina di sini tidak sama dengan loji stesen nuklear Fukushima dan sebenarnya tidak ada pun loji yang dibina di kawasan berkenaan,” katanya.
Sebaliknya jelas beliau, granite yang digunakan untuk menghasilkan produk berkaitan tenaga itu adalah jauh lebih rendah kandungan radiasinya iaitu pada ukuran sekitar 0.17 mikro.

Tiada pencemaran radiasi di Malaysia

KUALA LUMPUR 1 April – Analisis yang dijalankan oleh Agensi Nuklear Malaysia ke atas air paip, air laut dan hujan di sekitar Kudat, Sabah semalam, menunjukkan tiada sebarang pencemaran radioaktif.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, hasil pemantauan secara aktif oleh kementerian itu juga mendapati tahap radiasi di enam lokasi di negara ini menunjukkan paras normal.
Analisis itu dilakukan bagi mengesan sebarang kewujudan pencemaran radioaktif ekoran kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan kerosakan loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun boleh memberi kesan kepada sesetengah kawasan di negara ini.
“Sehingga kini juga pemeriksaan ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal yang menaiki 80 penerbangan dari Jepun ke Malaysia telah dilakukan,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, seramai 29 individu pula telah datang ke Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemantauan cemaran dan tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.
Maximus berkata, dari segi keselamatan makanan, sebanyak 53 sampel makanan dari Jepun telah dianalisis oleh Kementerian Kesihatan dan ia didapati mematuhi tahap yang dibenarkan.
Beliau berkata, maklumat terperinci mengenai hasil pemantauan makanan itu boleh dilihat di laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu iaitu http://fsq.moh.gov.my.
Dalam pada itu, katanya, ramalan oleh pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia menggambarkan pergerakan sebarang bahan cemar radioaktif Iodin yang terlepas dari loji nuklear Fukushima untuk tempoh 48 jam dari semalam adalah ke arah selatan dan timur serta kawasan barat laut lautan Pasifik.
Katanya, untuk tempoh itu, sebarang pencemaran radioaktif Iodin adalah di sekitar Jepun dan lautan berdekatan sahaja.
Jepun dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9.0 skala Richter pada 11 Mac lalu yang turut mencetuskan tsunami dan kerosakan loji nuklear.

'Mare-shia, doh-mo arigato' bergema di Sendai

2 comments:

  1. adoi...sampai skrg masalah nuklear jepun blom selesai lg... adakah lg teruk??

    ReplyDelete
  2. Diberitakan masalah radiasi ini mungkin berlanjutan ke 100 tahun.....Adakah ini mungkin??

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online