klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, April 30, 2011

Al - Fatihah Buat Abahku (Haji Osman bin Ngah)

72 tahun..... dalam i/c.... sebenarnya..... sudah 73 tahun....... Allah lebih menyayangi abahku.... Tanggal 27hb April 2011 hari Rabu pukul 8.15pm.... abahku memhembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan ku & kami sekeluarga. Semoga ditempatkan bersama-sama orang orang yang beriman dan diberkati serta dirahmati oleh Allah hendaknya.... amin.....


Sudah genab 3 hari abahku meninggalkan dunia fana ini... meninggalkan isteri tercinta (Hjh Aishash binti Mohd) beserta anak-anaknya 13 orang.... Terasa akan kehilangannya... kerana abahku banyak memberi dan kami banyak menerima....sentiasa bersama-sama.... Allah lebih memahami.... 


Hidup mesti diteruskan, insyaAllah perjuangan akan ku teruskan.... Majlis tahlil akan diteruskan.... malam ini....sekali lagi.... bacaan yassin takkan ku putuskan dan disedekahkan kepada abahku.....


Selamat Tinggal Abahku..... Kami Amat Merinduimu.... Bersemadilah Dengan Aman Di Sana. Al-Fatihah....

Monday, April 25, 2011

Hadis Palsu Hukum Haram Merokok

SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!! 
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak... menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” 

Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut bertanya: “Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” 

Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” 

Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” 

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12) Kepada rakan2 ku yang merokok, moga kita tidak rasa tersinggung hati dengan hadis ini - B.B.Bangi.   " copied from my fren "

Tadi ku terima satu maklumbalas dari facebookku mengenai satu post hadith maudhu' mengenai rokok dan setelah check dengan beberapa ustaz confirm hadith tue palsu so kepada sahabat dan diri sendiri juga yang berpost tu, berhati-hati dalam berdusta atas nama Nabi SAW. Sila rujuk dahulu sebelum mempost sesuatu yg kita tiada ilmu mengenainya. Untuk detail saya postkan semula satu link yg mencerita masalah yg sama ke dalam blog anime4nz saya. Wallahualam

Ini hadis sahih ke hadis dhaif ? ke hadis palsu?

Thursday, April 21, 2011

Berbahayakah medan elektromagnet?

Rakyat Malaysia kini kian sedar dalam kehidupan seharian mereka terdedah kepada pelbagai ancaman sama ada bencana alam atau juga bencana buatan manusia.

Ketika bencana alam seperti banjir, tanah runtuh , hujan lebat dan juga tsunami datang tanpa diduga dan membawa petaka besar, kita membuat persiapan dengan membangunkan sistem amaran awal dan juga langkah-langkah paska bencana.

Pada masa sama, ledakan teknologi, penggunaan mesin dan jentera dibimbangi memberi kesan kepada kehidupan manusia. Manusia sukar mengelaknya kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka.

Ancaman laser, sinaran radiasi dan juga gelombang elektromagnet daripada peralatan ciptaan manusia kini menjadi isu sejagat yang hangat diperkatakan.
 
Satu lagi ancaman atau bahaya yang masih belum begitu diketahui umum ialah medan elektromagnet.

Tuesday, April 19, 2011

Tips Membeli Kediaman

SEWAKTU sibuk mencari rumah yang sesuai untuk didiami, pelbagai perkara menjadi ukuran. Selain rumah, lokasi, kemudahan di kawasan kejiranan dan nilai masa depan juga harus diutamakan.

Selagi ada pembeli yang berminat di sesuatu kawasan, pihak bank memberi pinjaman dan terdapat pembangunan berterusan, tempat itu mempunyai potensi besar untuk berkembang serta pembeli wajar melabur ke atasnya, kata Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Jualan, Naza TTDI Sdn. Bhd., Mohd. Johan Shadli Mohd. Daud.

Friday, April 15, 2011

Kosongkan Cache Anda

Setiap kali selepas keluar atau log out daripada laman web perbankan internet, sering kali ada arahan untuk meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa perlu mengosongkannya?

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer.

Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer.

Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut.

Remaja dan Perubahan Zaman

SAIDINA Umar al-Khattab berkata: "Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya." Ia bermaksud proses pendidikan terhadap manusia harus berlaku sesuai dengan perubahan zaman. Memang sifat zaman berubah. Zaman jahiliah dan zaman Rasulullah SAW adalah tidak sama. 

Zaman jahiliah atau zaman kegelapan memperlihatkan gelagat manusia yang tidak dipandu oleh akidah tauhid. Zaman Rasulullah dipandu akidah tauhid. Walaupun manusia daripada keturunan yang sama (Quraisy) tetapi sistem kepercayaan dan cara hidup mereka berbeza.

Hal yang sama berlaku pada zaman sahabat Nabi dan tabien-tabien memberikan asas pengembangan terhadap tapak akidah, ibadah, muamalat dan syariat yang terbina kuat pada zaman Rasulullah.

Zaman Baghdad iaitu di zaman Abasiyah, ilmu pengetahuan menjadi sumber penting kepada perubahan. Zaman Andalusia membawa erti penting dalam tamadun umat Islam, tidak sahaja subur dalam jiwa rohani umatnya tetapi berkembang hingga menghasilkan suatu tamadun contoh.

Sunday, April 10, 2011

Gambaran Kiamat

SURAH al-Zalzalah termasuk dalam kategori surah Madaniyyah. Inilah pendapat Ibn Abbas, Qatadah, Muqatil dan jumhur ulama. Sedangkan Ibn Mas’ud, Ata’ dan Jabir pula berpendapat ia termasuk dalam surah Makiyyah.

Ia mengandungi lapan ayat dan diturunkan selepas surah al-Nisa’. Hubungan surah ini dengan surah al-Bayyinah adalah: Dalam surah yang lalu diterangkan balasan yang diterima oleh orang yang beriman dan orang kafir. Dalam surah ini pula, Allah SWT menjelaskan waktu dan tanda-tanda berlaku hari kebangkitan.

Saturday, April 9, 2011

Facebook Aku Di Godam

Baru-baru nie aku ada post artikel mengenai Facebook Di Ceroboh..... Tujuannya tak lain dan tak bukan hanyalah untuk memberitahu khabaran kepada korang semua yang akaun kita senang saja diceroboh kalau kita tak pertingkatkan kawalan keselamatan kita.

Tapi apakan daya, nak dijadikan cerita.... Tanggal Hari Khamis baru nie 7 hb April 2011, Naaaaaa tak semena-mena akaun facebook aku diceroboh orang.... Aku terpaksa melalui ROADBLOCK yang ketat untuk aku bukak semula akaun aku.... 2@ 3 kali jugak untuk aku lepasi ujian tu..... Dan alhamdulillah aku berjaya lepasi roadblock tersebut.... Fusssshhhhhh...

Bagaimana Wardina Mendidik Anak Solat 5 Waktu

BERBALOI PENAT LELAH KU…” by Wardina

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

Tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasn't missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

Friday, April 8, 2011

9 Asas Haram Poco-Poco

IPOH - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian poco-poco haram pada mesyuarat fatwa negeri itu kali ke-186 yang bersidang pada 24 hingga 26 Januari lalu setelah mengambil kira sembilan asas termasuk soal akidah dan kepercayaan.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, walaupun tarian itu dilihat sebagai penjagaan kesihatan oleh beberapa pihak namun, sebarang amalan dan perlakuan yang meragukan sewajarnya dibendung dan ditinggalkan.

"Adalah lebih selamat dan lebih berhati-hati dengan cara menjauhkan diri daripada menyerupai mereka.

"Lebih-lebih lagi setelah mengetahui asal usul poco-poco yang mempunyai unsur keagamaan dan pemujaan roh, sebagai beramal dengan hadis,"

Awas Telur Ayam Tiruan

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi kelmarin, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Wednesday, April 6, 2011

Cara Memasang Tile / Jubin / Mozek / Keramik


Belajar cara memasang lantai cara yang saya pelajari pulak deh, hari tu saya dah sedikit sebanyak bercerita mengenai cara membancuh simen. Kali nie jom anime4nz sambung pasang tile, hingga lawa, cantik baru ader klasss gitu.

Sesapa yang nak cuba-cuba pasang sendiri dah boleh buat dah, tanpa perlu contractor atau upah orang.... Saya sendiri pun cam bancuh simen ari tu... bukan pandai pun... ikut pakat bedal ja... alih alih siap dah... cun.... walau tak sekemas yang diharapkan... sebab saya bukan pakar... lagi satu kos ciput sangat... saya hanya guna bahan murah.... jubin second hand (RM0.50 sekeping) hok reject.. kebiasaannya RM2 sekeping. tapi boleh tahan gak besarnya.... walau tak sama besar... corak banyak tak sama tetap ku buat agar nampak kelainan.... bukan aku buat sepenuh la... abang angkat aku yang sudahnya... aku just nolong aja. He he.

Hasilnya aku dapat mewujudkan design lantai yang dibayangkan... walaupun terpaksa memilih dan asingkan untuk dibuat perbandingan. Maklumlah bahan reject... setiap satu bundle berlainan warna, corak, bentuk, besar,. So tugas pertama cari pasangan. Cari jangan tak cari.

Monday, April 4, 2011

Kepentingan cap mohor di dunia Islam

CAP mohor merupakan salah satu cara pengesahan yang dilakukan oleh individu dengan meletakkan tanda khas yang mempunyai nama mereka selain tanda tangan.

Ia telah digunakan oleh tamadun terdahulu sejak zaman sebelum Islam lagi sebagai salah satu simbol kuasa. Dalam tamadun China, maharaja mempunyai beberapa jenis cap mohor.

Cap mohor diraja ini akan dikurniakan kepada beberapa pegawai empayar yang menjalankan perintah maharaja seperti jeneral yang mengetuai sesebuah pasukan tentera.

Dalam sejarah Islam, cap mohor telah digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w. Pada tahun 628 Masihi, sewaktu baginda ingin menulis surat kepada Maharaja Byzantium mengenai seruan Islam, baginda telah dimaklumkan bahawa Maharaja Byzantium hanya akan membaca surat yang mempunyai cap mohor.

Sunday, April 3, 2011

BPA Ubah Lelaki Jadi Wanita

AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun yang memberi mudarat dengan bermacam cara.

Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.

Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.

“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.

“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.

Plastik Daripada Bulu Ayam

JURNAL yang dikeluarkan oleh Persatuan Bahan Kimia Amerika Syarikat dari Anaheim, California mendedahkan penyelidik menemui langkah terbaru mencipta plastik mudah urai daripada buangan bulu ayam.

Ujar wakil penyelidik, Yiqi Yang, pihaknya sedang giat menjalankan uji kaji keberkesanan penciptaan termoplastik daripada bulu pelepah spesies burung terutama ayam.

Saturday, April 2, 2011

Facebook Di Ceroboh

Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook.

Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat?

Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian.

Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain.

Friday, April 1, 2011

Berita Tsunami Terbaru 1 April 2011

Tiga gegaran dalam 30 minit di Jepun

30/03/2011 11:10pm

MIYAGI 30 Mac - Tiga gegaran susulan dalam tempoh 30 minit di bandar Sendai, Miyagi, mencemaskan 19 petugas media Malaysia dan 30 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia di sini malam ini.
Ketika kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, kesemua mereka yang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Jepun itu sedang menginap di sebuah hotel di sini.
Gegaran yang berlaku kira-kira seminit bagi setiap gegaran itu merupakan pengalaman pertama dilalui kesemua mereka.
Kejadian itu menyebabkan ada antara yang turun ke tingkat bawah hotel 14 tingkat itu dan ada juga yang mendiamkan diri di dalam bilik.
Mungkin bagi penduduk tempatan gegaran susulan ini sering berlaku namun ini satu pengalaman bagi peserta misi ini.
Pemeriksaan lanjut mendapati tiada kejadian tidak diingini seperti kerosakan harta benda mahupun kehilangan nyawa berlaku.
Menurut penduduk, sejak negara matahari terbit ini dilanda gempa bumi kuat dengan magnitud 9.0 pada skala Richter 11 Mac lepas, terdapat hampir 500 gegaran susulan berlaku dan ini merupakan fenomena biasa - Bernama

Teknik Melariskan Blog dengan cara 'Keji'

Ramai yang ada blog sekarang ni. Blog ni kalau digunakan dengan cara yang betul, ianya akan menjadi manfaat kepada orang lain. Kalau digunakan dengan cara salah, mungkin akan menyesatkan orang lain. Zaman teknologi maklumat sekarang, ramai orang ‘berguru’ dengan internet daripada ‘berguru’ dengan orang.

Kenapa anime4nz kata begitu?
Sebab ada sesetengah orang dia cuma ambil maklumat dalam internet tapi mereka tak tau pun siapa yang menulis maklumat tersebut. Dan yang lebih teruk lagi, mereka menyebarkan maklumat tersebut kepada orang lain tanpa menyiasat kebenarannya.

Saintis Rancang Gali Pusat Bumi

LONDON -
Sekumpulan saintis Britain merancang untuk menggerudi lapisan batu-batan untuk sampai ke bahagian mantel bumi buat kali pertama, lapor sebuah akhbar semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama