klik atas

backlink

gambar laju

Monday, March 28, 2011

Resolusi Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR 27 Mac - Ekonomi bumiputera perlu dijadikan topik penting dalam agenda nasional dan bukan sekadar menjadi program serpihan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, agenda ekonomi bumiputera juga seharusnya berpaksi kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Sekarang kita tengok agenda ekonomi bumiputera ini sudah menjadi satu bentuk program serpihan di sebalik agenda yang lebih besar," katanya ketika berucap pada penutup Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini.

Konvensyen sehari bertemakan Jangan Tercicir dan Terpinggir itu dihadiri kira-kira 600 perwakilan daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, politik dan pemimpin masyarakat seluruh negara.

Pada konvensyen itu, 13 resolusi berhubung isu-isu dan penyelesaian yang perlu diambil perhatian pihak kerajaan bagi memastikan bumiputera tidak tercicir dan terpinggir dalam aspek perkembangan ekonomi negara diluluskan.

Resolusi itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ibrahim berkata, agenda ekonomi bumiputera bukan bermaksud orang Melayu dan bumiputera di negara ini mahu terus mengungkit serta meminta pelbagai bantuan dan sokongan daripada kerajaan tanpa berusaha.

Menurut beliau, apa yang menjadi pendirian Perkasa itu tidak perlu disalahertikan oleh pihak lain dengan menganggap pertubuhan itu sebagai rasis apabila bercakap mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

"Kita berjuang demi hak sendiri kerana ia sudah termaktub di dalam Perlembagaan sedangkan ada pihak lain secara konsisten meminta sesuatu yang tidak ada pun di dalam Perlembagaan. Jadi itu satu perkara yang perlu diingat," katanya.


Orang Melayu perlu berani kerana benar, pertahan hak

KUALA LUMPUR 27 Mac - Orang Melayu perlu berpegang kepada pendirian berani kerana benar dalam mempertahankan hak seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Pusat Pembangunan Anak Bangsa, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Abdul Halim Sidek berkata, orang Melayu kini bukan sahaja berada dalam keadaan bahaya malah turut berada di persimpangan.

"Elemen Malayan Union yang mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu kini kembali menular dalam agenda pembangunan ekonomi Melayu dan bumiputera.

"Sekiranya kita (orang Melayu) tidak prihatin, saya takut nanti hak kita hanya tinggal hak, kalau begitu tidak guna ada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Hak Melayu dan Bumiputera Dalam Perlembagaan Persekutuan 1957 pada Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak seharusnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana peruntukan tersebut sudah wujud sejak sekian lama.

"Orang Melayu tidak pertikai hak kaum lain. Kita bagi mereka hak kewarganegaraan, kita hormati hak mereka. Jadi mereka juga tidak seharusnya mempertikai hak orang Melayu terutama yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, sesiapa sahaja yang memerintah negara ini juga tidak berhak untuk menyentuh Perkara 153.

"Sebarang pindaan Perkara 153 hanya boleh dilakukan melalui persetujuan dua pertiga di Parlimen dan paling penting perkenan daripada raja-raja Melayu," katanya.

Beliau berkata, orang Melayu terutama yang mempertikai hak Melayu perlu sedar dan bersama menjaga kepentingan Melayu serta bumiputera dan bukannya mempolitikkan isu tersebut.


Resolusi Konvensyen

1. Menjadikan pembangunan ekonomi bumiputera sebagai agenda rasional.

2. Menjadikan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan sebagai sumber induk kepada semua program transformasi ekonomi negara.

3. Agenda pembangunan ekonomi bumiputera sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) wajib di setiap kementerian dan syarikat milik kerajaan(GLC).

4. Konvensyen mendesak kerajaan agar Ketua Setiausaha Negara memastikan agenda pembangunan ekonomi bumiputera tidak terjejas dengan perlantikan bukan bumiputera sebagai ketua setiausaha di enam kementerian yang dahulunya disandang oleh bumiputera.

5. Konvensyen menyambut baik dan menyokong sepenuhnya inisiatif kerajaan menubuhkan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB).

6. Makmal bumi yanbg dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) mesti berdasarkan prinsip-prinsip yang betul dan hasil makmal perlu dikongsi bersama dengan NGO sebelum ia dilaksana oleh kerajaan.

7. Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) mesti diberi kuasa penuh mengarah dan memantau menteri, ketua setiausaha, ketua-ketua pengarah agensi dan GLC dalam hal berkaitan agenda ekonomi bumiputera.

8. Kerajaan perlu mewujudkan ekosistem yang mesra kepada bumiputera di dalam bidang perniagaan.

9. Kuota bumiputera dalam sektor strategik tidak dihapuskan.

10. Meneruskan pengeluaran kuota permit import (AP) terbuka kereta-kereta import terpakai kepada syarikat bumiputera.

11. Membantah cadangan makmal Pemandu agar sektor minyak dan gas diliberalisasikan.

12. Peranan Petronas membantu bumiputera di bawah Program Tranformasi Ekonomi mungkin terjejas dengan dasar baru Petronas yang tidak mesra bumiputera.

13. Meningkatkan komitmen pengurusan Petronas dalam agenda bumiputera di Petronas.

14. Mewujudkan badan khas yang memantau dan menyelia kemajuan tanah rizab melayu yang boleh dinamakan Perbadanan Kemajuan Tanah Rizab Melayu Greater Kuala Lumpur.

15. Bumiputera mesti diberi peluang yang adil dalam sebarang Projek Permulaan (EPP) dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur.

16. Menubuhkan Badan Pemantau Prestasi Pembangunan Ekonomi Bumiputera (Pemantau).

17. Mencadangkan supaya konsesi dan perlesenan yang terangkum di dalam mekanisme kuasa boleh diperbaharui seperti pengagihan kapasiti diagih sekurang-kurangnya 67 peratus kepada bumiputera.

18. Syarikat GLC perlu memasukkan pembangunan usahawan bumiputera sebagai NKRA dan salah satu kriteria kebertanggungjawaban ketua pegawai eksekutifnya dalam penilaian prestasi dan perlantikannya.

19. Mendesak Maybank menambah jumlah pinjaman kepada bumiputera daripada hanya 27 peratus pada 2010 kepada 50 peratus dalam tahun 2011.

20. Peranan SME Bank membantu bumiputera di bawah program transformasi ekonomi bumiputera akan terjejas dengan kekurangan dana.

21. Ekuiti Nasional (Ekuinas) perlu terlibat di dalam sektor minyak dan gas dengan menyediakan dana khas bagi projek cari gali marginal field.

22. MTAB perlu memastikan ketua pegawai eksekutif syarikat GLC yang hendak dilantik berjiwa Melayu dan bukannya terdiri daripada Melayu Liberal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama