klik atas

backlink

gambar laju

Friday, March 25, 2011

Hukum Berkabung

Anime4nz kali ini cuba memahami dan mengetahui mengenai status berkabung nie... dan terjumpa beberapa artikel dan forum yang membincangkan hal ini.... sampai ader yang kena saman jika tak patuhi arahan pemakaian berkabung.... betul ker??

Terbaru. Peristiwa kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisamuddin Alam Shah., Terengganu dalam tempoh berkabung 40 hari. 

Tatacara pemakaian semasa tempoh perkabungan perlu lahir daripada semangat tulus ikhlas. dan pekeliling jabatan dah dikeluarkan agar pemakaian dipatuhi dan orang ramai juga digalakkan mengzahirkan peristiwa ini.

“Jika hendak berkabung, tatacara pemakaiannya bagi lelaki Islam adalah memakai lilitan kain putih selebar 1 inci / dua inci pada songkok hitam dan wanita Islam memakai tudung kepala berwarna putih".

“Bagi bukan Islam, mereka boleh memakai lilitan hitam selebar tiga inci di lengan kiri atau jika tidak boleh berpakaian begitu atas sebab-sebab tertentu, maka boleh memakai tali leher berwarna hitam".


Saman ni hukum dunia. Kita nak tahu jugakkan hukum berkabung ni di dalam Islam. Dalam mencari-cari maklumat berkenaan berkabung ni banyak informasi berkenaan dengan keperluan berkabung bagi wanita tetapi tidak ada pula untuk pemimpin. Ada satu soal jawab yang ditemui di forum al-ahkam.net rasanya boleh membantu.
Soalan saya:
1. Apakah hukum menetapkan pakaian tertentu seperti baju hitam/songkok berlilit dll sbg tanda berkabung atas kematian seseorang?
2. Apakah tindakan yang munasabah bagi saya penjawat awam yang diwajibkan memakai pakaian sedemikian atas kematian pembesar negeri saya?
Jazakumullahu khairal jazak..
Jawapan:
Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja, sebagaimana difahami dalam hadis di bawah:
Maksudnya: "Tidak halal bagi seseorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas kematian seseorang, kecuali ke atas suami selama empat bulan sepuluh malam".
Direkod oleh Bukhari (no: 5334), dan Muslim (no: 1487).
Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Perkara ini disepakati oleh ulama. Kita boleh lihat dalam kitab-kitab feqah klasik dan moden yang membahaskan hukum berkabung, ulama hanya membahaskan tentang perkabungan wanita.
Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. Contohnya dalam kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924.
Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja.
Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salaf. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini.
Ini menunjukkan ia tidak syar’ie. Dan lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam. Sedangkan kita dilarang meniru adat mereka.
Sekarang dah jelas.. Hukum dunia tidak memaksa dan dari segi syarak juga tiada sebarang asas mengenainya.

P/S: Kalaulah pemakaian topeng bagi mengelakkan H1N1 dulu diwajibkan serta dikenakan saman untuk sesiapa yang tidak memakainya. Rasanya mungkin ramai yang akan memilih menjadi makhluk asing!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama