klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, March 13, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa mencabar Yusry

PEMBIKINAN filem Hikayat Merong Mahawangsa memberikan cabaran besar kepada pengarahnya, Yusry Abdul Halim hingga ke peringkat mahu menarik diri daripada meneruskan penggambaran filem tersebut.

Menurut Yusry, banyak detik-detik yang mencemaskan berlaku semasa penggambaran yang mengancam nyawa pekerja produksi dan ini memang mencemaskan.

Kini jerih dan perit Yusry menghasilkan filem kedua arahannya memberikan hasil yang memberangsangkan selepas melalui banyak cabaran.

Yusry memberitahu, detik -detik mencemaskan itu terpaksa dilalui oleh tenaga produksi yang tidak pernah menempuh keadaan sebegitu menyebabkan fikirannya terganggu dan runsing.

Itulah persoalan utama tersebut sentiasa berputaran di fikirannya sepanjang menghasilkan filem yang menelan belanja RM8 juta itu sekitar pertengahan tahun lalu.

“Saya berdepan dengan pelbagai kesukaran dan dugaan seperti kapal yang sudah dibina tiba-tiba musnah dilanda ombak ketika mahu dibuat penggambarannya. Masalah cuaca serta kesukaran menggambarkan zaman kurun kedua itu kadang kala buat saya seakan mahu tarik diri,” jelas Yusry.

“Ini adalah filem animasi  epik, ada banyak unsur sensitif, tahyul dan tak masuk akal. Tapi dengan penelitian penyelidikan daripada penulis skrip selepas dirombak banyak kali. Akhirnya filem ini mampu diolah sebaiknya,” cerita Yusry panjang lebar.

Sebab itu juga pelakon filem Magika ini bersikap memilih dengan memasukkan sebanyak mungkin nama yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa seperti Puteri China, Putera Roman dan Laksamana China serta beberapa panglima Melayu yang mencerminkan keseluruhan filem ini.

Filem yang bakal ditayangkan di 72 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Rusia, Jerman dan Perancis ini juga memuatkan unsur kemanusiaan dan percintaan.

Biarpun wujud babak peperangan dan keganasan, itu adalah perkara utama yang menjadikan Hikayat Merong Mahawangsa begitu berwarna-warni.

Apabila seorang nakhoda dan pahlawan bernama Merong Mahawangsa lakonan Stephen Rahman Hudges menjadi pengawal peribadi kepada Putera Marcus (Gavin Rees StenHouse) ke Langkasuka untuk berkahwin dengan Puteri Meng Li Hua (Jing Lu) dari Dinasti Han.

Malangnya, kehadiran rombongan tersebut dihidu oleh puak lanun Geruda iaitu Taji (Wan Hanafi Su) dan Kamawas (Khir Rahman) yang kemudiannya bertindak menculik Tuan Puteri bersama inangnya, Ying Ying (Nell Ng).

Pertempuran itu menyaksikan kekalahan dan Merong Mahawangsa kemudiannya diselamatkan oleh Kesum (Rahim Razali) yang punya kaitan dengan ibu Merong iaitu Lang (Umie Aida).

Menerusi pantun empat kerat yang sering meniti di bibir Merong berbunyi,

“Sampai masa tibanya waktu, Redup hati kaum berdua, Bila dua jasad menjadi satu, Hidup mati jadi bersama”, 

Akhirnya menyelesaikan teka teki yang sering bermain di minda Merong di akhir jalan cerita.

Filem yang banyak menggunakan teknologi imej janaan komputer (CGI) ini menghasilkan set, busana dan props kurun kedua ini juga berjaya menzahirkan gambaran untuk perkampungan Melayu, pelabuhan kapal, istana di Rom, China dan pelabuhan Goa di India.

Hikayat Merong Mahawangsa ditayangkan pada 10 Mac di 69 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei Darusalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama