klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, March 2, 2011

Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke 78

KUALA LUMPUR: 1 Angkatan : Tetap Gagah Tetap Setia, itulah slogan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78. Slogan tersebut secara rasminya diisthiharkan semasa Acara Perbarisan Pembaca Perutusan Hari Ulang Tahun Tentera Ke-78 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Tema ini terpilih kerana ia terdiri dari dua komponen iaitu visi organisasi yang diketengahkan melalui kenyataan 1 Angkatan. Manakala nilai-nilai utama yang dizahirkan untuk mencapai visi ini dicerminkan melalui komitmen Tetap Gagah Tetap Setia.

Perbarisan ini dianggotai oleh seramai 19 orang pegawai dan 590 Lain-lain Pangkat dan terdiri dari lima kontigen iaitu dari Grup Gerak Khas (GGK), 10 Bgd Para, Pemerintahan Medan TD, Pemerintahan Latihan TD dan Pemerintahan Logistik TD, yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Roshasni bin Abdul Ghani, manakala Penolong Ketua Perbarisan ialah Mej Mohd Azmadi bin Aznan.  Ajutan Perbarisan ialah Kapt Mohd Haizal bin Mohd Jais manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan ialah Pegawai Waren 1 Baharin bin Mohamed.

Sempena perbarisan ini juga Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 10 orang, Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) seramai 10 orang dan Sijil Kepujian Ketua Perkhidmatan Panglima Tentera Darat juga seramai 10 orang termasuk 3 orang warga awam.

Manakala di Lapang Sasar B pula satu majjlis ringkas iaitu memotong pulut kuning sempena Hari Ulang Tahun telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Darat, Panglima Medan Tentera Darat dan beberapa lagi pegawai tertinggi Tentera Darat.

SETIAP bangsa yang mulia akan menghargai jasa pahlawannya walaupun tanpa dipinta. Dalam kita menghirup udara kebebasan, janganlah kita lupa bahawa nikmat yang diperoleh hari ini adalah hasil mereka yang telah berkorban nyawa, darah, keringat dan airmata demi mempertahankan kedaulatan dan keamanan bumi yang merdeka ini.

Anime4nz mengalu-alukan pemuda belia menyertai Tentera Darat Malaysia. Untuk pertahanan Negara, Keluarga dan Diri. Walaupun bukan ASKAR TETAP, Askar Wataniah jadi sandaran, pelapis pertahanan negara. Jom join ASKAR WATANIAH.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Penaja Bersama