klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, March 24, 2011

Garis panduan tentukan benar-benar layak boleh meminjam suku ketiga ini

KUALA LUMPUR 23 Mac – Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan garis panduan pemberian pinjaman yang baharu pada suku ketiga tahun yang memastikan hanya pemohon didapati benar-benar layak dan wajar mendapatnya.

Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, garis panduan itu bertujuan melindungi kemampanan sektor isi rumah dengan memperkenalkan strategi-strategi yang lebih komprehensif.

Pengenalannya bertujuan menanam sikap bertanggung jawab institusi perbankan dalam memberikan pinjaman kepada pelanggan runcit tetapi ia bukan bermakna memperketatkan keupayaan mereka memberikan pinjaman mereka.

Zeti berkata, pengenalan garis panduan bukan bermakna negara berdepan dengan masalah hutang isu rumah yang teruk tetapi merupakan langkah mengelak berlaku keadaan lebih buruk.

Beliau berkata, dengan pelaksanaan garis panduan itu, beberapa keperluan utama akan diambil kira termasuk penilaian kewajaran dan keupayaan peminjam, pengesahan pendapatan peminjam serta menyediakan lembaran pendedahan produk bagi memudahkan proses membuat keputusan.

Beliau menegaskan pelaksanaan syarat-syarat itu tidak akan menyebabkan kelewatan di dalam proses pemberian pinjaman.

Zeti menjelaskan Bank Negara telah menerbitkan kertas konsep mengenai garis panduan baharu itu selain melaksanakan beberapa proses rundingan.

“ Kami lambat melaksanakan garis panduan ini kerana memberi masa kepada institusi perbankan untuk mengadakan satu mekanisme di dalam sistem perbankan mereka, “ katanya lagi.

Kata Zeti, antara kandungan utamanya adalah mengenai kadar pinjaman, kadar tetap dan berubah, tempoh pinjaman serta struktur pembayaran semula.

Ia turut melibatkan jumlah pembayaran skim ansuran, jumlah keseluruhan pembayaran, serta perubahan kepada jumlah bayaran ansuran bagi peningkatan 100 sehingga 200 mata asas di dalam kadar pinjaman.
Lembaran itu juga akan memuatkan implikasi terhadap kegagalan membayar pinjaman pada masa yang tepat serta risiko yang berkaitan dengan produk tersebut.

Menyentuh mengenai Skim Rumah Pertamaku yang dikhuatiri akan meningkatkan kadar kegagalan isi rumah membayar hutang, beliau berkata, institusi perbankan akan melakukan penilaian yang teliti dan hanya pemohon yang benar-benar layak diberi pinjaman.

Skim Rumah itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini memberi peluang kepada golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan mendapat 100 peratus pinjaman perumahan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama