klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, March 8, 2011

Filem animasi Rango terlaris

LOS ANGELES 7 Mac - Filem animasi Rango dibintangi oleh Johnny Deep yang mengisahkan seekor sumpah-sumpah menjadi syerif untuk membersihkan pekan Dirt menduduki tangga teratas dan terlaris carta box office Amerika Utara semalam, dengan mencatat jualan tiket sebanyak AS$38 juta (RM115 juta).

Rango yang disifatkan oleh pengkritik sebagai pintar dan aneh membuktikan keunggulan pada tayangan pertamanya hujung minggu lalu, sekali gus menjadi satu lagi filem menampilkan Depp dan pengarah Gore Verbinski, peneraju filem francais Pirates of the Caribbean, yang mencatat kejayaan.

Ketahui kisah selanjutnya dalam Filem Animasi Sesumpah Rango

Filem seram lakonan Matt Damon, The Adjustment Bureau pula muncul di tangga kedua dengan memperolehi jualan tiket sebanyak AS$21 juta (RM64 juta), menurut penjejak box office, Exhibitor Relations.
Damon memegang watak sebagai seorang lelaki yang mahu mencabar takdirnya, sesuatu yang dipantau ketat oleh sekumpulan lelaki misteri untuk memastikannya mengikut takdir yang telah ditetapkan.

Filem Beastly yang menampilkan pelakon pujaan Britain, Alex Pettyfer dan Vanessa Hudgens, bintang High School Musical di tangga ketiga carta dengan memperolehi AS$10 juta (RM30 juta).

Filem komedi Hall Pass pula jatuh dari kedudukan pertama ke tangga keempat dengan jualan tiket sebanyak AS$9 juta (RM27 juta).
Filem yang diarahkan oleh Bobby Farrelly ini mengisahkan seorang lelaki yang telah berkahwin dibiarkan mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain oleh isterinya.

Jatuh tiga anak tangga ke kedudukan kelima pula ialah filem Gnomeo and Juliet yang memperolehi AS$6.9 juta (RM21 juta) untuk minggu keempat penayangannya.

Filem seram dibintangi Liam Neeson, Unknown berada di tangga keenam dengan jualan tiket AS$6.6 juta (RM20 juta). Bintang Ireland ini melakonkan watak sebagai seorang ahli botani yang cuba menyusun semula hidupnya selepas terlibat dengan kemalangan kereta.

The King's Speech, filem yang memenangi beberapa anugerah Oscar minggu lalu, termasuk kategori Filem Terbaik menduduki tangga ketujuh carta dengan jualan tiket AS$6.5 juta (RM19.7 juta) dengan jumlah keseluruhan sebanyak AS$124 juta (RM376 juta) untuk 15 minggu penayangannya.

Filem romantik komedi menampilkan Adam Sendler, Just Go With It menduduki tangga kelapan carta dengan jualan tiket AS$6.5 juta (RM19.7 juta) untuk minggu keempat penayangannya.

I Am Number Four yang turut dibintangi oleh Pettyfer berada di kedudukan kesembilan dengan memperolehi AS$5.7 juta (RM17 juta) pada minggu ketiga ia ditayangkan.

Kedudukan ke-10 carta pula menampilkan filem konsert dokumentari bintang pujaan remaja, Justin Bieber, Never Say Never yang memperolehi AS$4.3 juta (RM13 juta). - AFP

Berikut daftar lengkap box office minggu ini:
1. Rango | AS$38 juta
2. The Adjustment Bureau | AS$21 juta
3. Beastly | AS$10 juta
4. Hall Pass | AS$9 million
5. Gnomeo and Juliet | AS$6.9 juta
6. Unknown | AS$6.6 million
7. The King's Speech | AS$6.5 juta
8. Just Go with It | AS$6.5 juta
9. I Am Number Four | AS$5.7 juta
10. Never Say Never | AS$4.3 juta

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama