klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, February 23, 2011

Tip tip Menjual Rumah

Pening? Risau? Tak tahu cara nak menjual rumah? Jangan khuatir mungkin dengan membaca artikel kali ini anda dapat penyelesaiannya!

Menjual rumah bukanlah sesuatu yang mudah. Perkataan ‘mudah’ itu hanya bagi mereka yang pakar dalam urusan jual beli hartanah sahaja.

Anda ingin menjual rumah, tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Anda juga tentu tidak mahu membayar kos yang tinggi untuk proses jual beli hartanah itu nanti, kan?. Apatah lagi untuk anda mengetahui harga jualan terbaik untuk keuntungan optimum serta tidak mahu mengambil masa yang lama dan pastinya anda tidak mahu melalui pelbagai perkara yang memeningkan kepala, bukan?

Ramai pemilik mengalami kerugian yang memakan ribuan malahan puluhan ribu ringgit hanya kerana tidak melakukan beberapa perkara asas yang sepatutnya. Bagaimanapun, anda tidak perlu lagi risau sekiranya anda bercadang untuk menjual rumah, tidak kira sama ada menjualnya sendiri atau melaui ejen hartanah.

Apapun pilihan anda setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. Akan tetapi yang paling penting anda harus tahu prosedur yang betul dan sewajarnya dalam hal yang berkaitan. Antaranya ialah :-

1. Menentukan nilai atau harga terbaik.

Mengikut prosedur yang ditetapkan peminjam perlu mengemukakan permohonan untuk kelulusan menjual harta dan menyatakan cara penyelesaian hutang hendak dibuat.

Sekiranya penyelesaian hutang secara sendiri, peminjam cuma perlu mengemukakan permohonan penyata baki hutang seperti biasa. Walau bagaimanapun sekiranya penyelesaian hutang membabitkan pihak ketiga (bank atau pembeli) permohonan melalui peguam perlu dikemukakan.

Di samping itu, peminjam juga perlu memohon untuk dua perkara :-

• Memohon kelulusan untuk menjual rumah daripada Seksyen Cagaran.
• Memohon baki hutang pinjaman untuk tujuan penyelesaian kepada Seksyen Akaun, Unit Penyelenggaraan Pinjaman (Unit PP).

2. Melantik ejen / perunding yang berpengalaman dan profesional untuk menjual rumah anda.

Secara amnya, seorang perunding hartanah mempunyai dua tanggungjawab iaitu mencari pembeli atau penyewa bagi hartanah berdasarkan keupayaan pelanggan disamping perlu mencari hartanah yang sesuai bagi pelanggannya membeli atau menyewa.

Oleh itu, seorang perunding mempunyai dua jenis pelanggan iaitu pertama tuan punya hartanah dan kedua mereka yang mahu membeli atau menyewa hartanah.

Di bawah undang-undang, seorang perunding hanya boleh menerima bayaran daripada satu pihak saja, sama ada tuan punya hartanah ataupun pembeli dan penyewa. Bagaimanapun, di Malaysia kebiasaannya tuan punya hartanah yang membayar yuran profesional ini, kecuali jika pembeli atau penyewa memberi kenyataan bertulis bahawa mereka akan membayar yuran itu.

Mereka ini mendapat lesen di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981 untuk mengutip yuran profesional dari menjual atau menyewakan hartanah bagi pihak tuan punyanya.

Untuk menjadi ahli profesional ini anda harus mengambil peperiksaan hartanah yang ditawarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, menjalani khidmat latihan selama dua tahun dengan mana-mana ejen hartanah yang berdaftar dan lulus peperiksaan lisan.

3. Kelebihan serta kekurangan menjual sendiri dan melalui ejen hartanah.

Harga rumah yang paling murah di Malaysia kini berharga lebih RM50,000. Itu pun harga rumah murah. Harga purata rumah biasa melebihi RM150,000.

Jika melakukan sendiri mungkin harga yang ditawarkan boleh dipertikaikan pelanggan memandangkan anda tidak mempunyai pengetahuan sewajarnya mengenai selok belok jualan hartanah.

Sebaliknya jika menggunakan khidmat ejen hartanah harga yang diletakkan ke atas aset berkenaan nilainya adalah mengikut harga pasaran. Lebih baik mempunyai perunding peribadi yang boleh memberi nasihat dan panduan dalam menentukan nilai rumah yang hendak dijual, ia sebagai jaminan agar tidak tertipu kelak.

Apa pun pilihan anda, anime4nz nasihatkan agar berfikir dan bertindaklah dengan bijak!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama