klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, February 15, 2011

Sek. Men. Keb. Kerteh JUARA CIP-KPS Terengganu

KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh yang menghasilkan bekas pembakar BBQ daripada tin terbuang menjuarai Cabaran Interaktif Pengguna Kelab Pengguna Sekolah peringkat negeri (CIP-KPS 2011)

Sekolah dari daerah Kemaman yang diwakili empat pelajar itu mengatasi enam sekolah lain dengan mengetengahkan idea, kreativiti dan inovasi lebih menarik.

Produk kitar semula yang dihasilkan membolehkan mereka membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM1,000 dalam pertandingan yang berlangsung di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, dekat sini hari ini.



Tempat kedua disandang oleh SMK Tengku Ibrahim, Besut dan ketiga SMK Seri Berang, Hulu Terengganu dengan membawa pulang wang tunai RM700 dan RM500.

Turut bersaing di peringkat akhir adalah SMK (A) Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu; SMK Seri Payong, Marang ; SMK Seri Dungun dan SMK Teknik.

Pertandingan anjuran Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pelajaran merupakan julung kali diadakan dan setiap daerah diwakili oleh sebuah sekolah terpilih.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah PPDNKK, A. Ghani Harun.

Program itu antara lain bertujuan mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan di samping mengukuhkan jaringan kerjasama antara komuniti KLPS seluruh negara.

Berucap pada majlis itu, Ab. Gani berkata, pihaknya akan memberi fokus kepada tiga aspek utama dalam pendekatan baru aktiviti KPS.

''Ketiga-tiga aspek itu mudah diaplikasikan oleh pelajar dalam kehidupan seharian iaitu perbelanjaan berhemah, pemakanan seimbang dan pemeliharaan alam sekitar," ujar beliau.

Katanya, penekanan terhadap aspek tersebut dibuat kerana saluran pelajar adalah yang paling berkesan untuk membentuk generasi yang mempunyai kesedaran terhadap kepenggunaan dalam masyarakat.

" Ia diharap dapat melahirkan generasi yang mampu melindungi hak mereka sebagai pengguna dan tidak meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan semata-mata dalam isu itu," katanya.

Beliau menjelaskan, program penjenamaan semula KPS yang dilaksanakan Oktober tahun lalu adalah dalam usaha melahirkan kumpulan pengguna baru yang boleh melindungi hak diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada campur tangan kerajaan dalam setiap isu kepenggunaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama