klik atas

backlink

gambar laju

Monday, February 28, 2011

Ops Piramid

Kecekapan TUDM lancarkan Ops Piramid


BERMULA akhir Januari lalu, situasi keselamatan di Mesir semakin meruncing ekoran demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan keadaan itu turut memberi impak kepada keselamatan warga Malaysia yang berada di sana.

Ekoran itu kerajaan Malaysia memutuskan untuk memindahkan warga Malaysia yang berada di Mesir ke Arab Saudi dan seterusnya ke Malaysia. Operasi pemindahan itu dinamakan Ops Piramid yang bermula 2 Februari dengan melakukan penerbangan dari Pangkalan Udara Subang menuju ke Jeddah iaitu Pusat Operasi Barisan Hadapan.

Bagi melaksanakan operasi itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat secara langsung telah mendapatkan kerjasama daripada pelbagai agensi antaranya Kedutaan Malaysia di Arab Saudi, agensi Kerajaan Malaysia di Arab Saudi, Kedutaan Malaysia di Mesir, agensi kerajaan Malaysia di Mesir, Angkatan Tentera Diraja Arab Saudi, Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia.

Sehubungan itu juga, sebanyak tiga buah operasi pesawat Hercules C-130 TUDM telah dilaksanakan dari Jeddah dengan melakukan penerbangan ke Lapangan Terbang Cairo West dan Lapangan Terbang Alexandria di Mesir.

Sebanyak 61 anggota TUDM ditugaskan untuk operasi di udara, 45 anggota bertugas di darat dan 12 anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) turut membantu operasi yang diketuai Kolonel Abd. Mutalib Abd. Wahab dan dibantu oleh Kolonel Dzulkarnain Ahmad.

Terdahulu, penerbangan dari Pangkalan Udara Subang terpaksa mendarat di Maldives dan Abu Dhabi untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Jeddah.

Pelbagai cabaran dihadapi dalam menerbangkan ketiga-tiga pesawat ke Jeddah itu antaranya hanya sebuah pesawat berjaya mendarat di Abu Dhabi dan dua lagi terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Al-Ain disebabkan oleh ribut pasir yang melanda sekitar Lapangan Terbang Abu Dhabi.

TUDM telah melaksanakan sebanyak 18 penerbangan dalam operasi tersebut iaitu 11 kali penerbangan pergi balik dari Jeddah ke Cairo dengan membawa seramai 2,102 penumpang manakala tujuh kali penerbangan pergi balik ke Alexandria dengan membawa seramai 1,380 penumpang.

Jumlah keseluruhan penumpang yang dibawa ke kawasan selamat oleh pesawat C-130 TUDM di Lapangan Terbang Jeddah adalah seramai 3,482 orang.

Dalam usaha untuk melancarkan pelaksanaan operasi itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud sendiri telah membuat panggilan telefon kepada rakan sejawatnya di Arab Saudi bagi memohon bantuan logistik untuk memudahkan operasi pesawat TUDM dari Lapangan Terbang Jeddah.

Hasil hubungan baik pihak TUDM dan Tentera Udara Arab Saudi, pengoperasian pesawat TUDM dari Lapangan Terbang Jeddah tidak menghadapi sebarang masalah yang besar.

Pengurusan aktiviti TUDM di Jeddah dijalankan di Pusat Operasi Tentera Udara di Kuala Lumpur dan Bilik Operasi TUDM di Jeddah. Pusat operasi ini merupakan nadi dalam menentukan pelaksanaan operasi berjalan dengan lancar dan berkesan.

Selain itu juga, Pusat Operasi Tentera Udara berhubung rapat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama