klik atas

backlink

gambar laju

Monday, February 28, 2011

Ilmu Imam dan Makmum

DALAM kitab Durratun Nasihin, Rasulullah SAW menerusi hadisnya menjelaskan mengenai manfaat sembahyang berjemaah.
Melalui hadis itu Rasullullah bersabda yang bermaksud :
"Barang siapa sembahyang lima waktu berjemaah, maka baginya lima perkara (hadiah).

Pertama, dia tidak ditimpa kefakiran dunia.
Kedua, Allah membebaskan dia daripada seksaan kubur.
Ketiga, dia akan menerima kitab catatan amal dengan tangan kanannya.
Keempat, dia melalui jambatan (siratulmustakim) sebagai kilat yang menyambar
Kelima, Allah memasukkannya ke syurga tanpa hisab dan seksa."

Demikianlah betapa besarnya kelebihan yang diperoleh mereka yang melaksanakan solat secara berjemaah.
Malah sebenarnya, fadilat solat berjemaah itu tidak ada noktahnya. Ia sentiasa bertali arus, sambung menyambung, mengembang dan membesar.

Ini kerana bagi yang solat berjemaah, mereka bukan sahaja mendapat setakat 27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadilat dan keuntungan sampingan yang lain lagi, mengukuhkan hubungan sesama individu yang bersolat, ketenangan, pahala iktikaf dan pahala berjalan ke masjid, selain banyak lagi yang bersangkutan dengan aspek duniawi dan ukhrawi.

Ganjaran besar itu kerana solat adalah anugerah yang begitu istimewa. Apa lagi perintah mendirikan solat disampaikan secara terus daripada Allah SWT kepada baginda Rasulullah SAW.

Kita sebagai hamba Allah dan umat Rasulullah mestilah memperkasakan diri untuk mencapai kesempurnaan dalam solat berjemaah.

Kesempurnaan tidak akan berhasil selagi individu itu tidak menguasai ilmu.

Imam yang mengetuai solat berjemaah juga perlu mempunyai ilmu seperti syarat sah menjadi imam, jenis imam dan sunat yang dituntut kepada imam semasa solat.

Begitu juga dengan makmum, mestilah mengetahui syarat sah mengikut imam, cara mengikut imam jika terlepas satu atau lebih rakaat serta cara menegur imam sekiranya melakukan kesilapan dalam solat.

Buku Solat Berjemaah Mencapai Fadilat Melalui Kaifiat tulisan Ahmad Faisol Omar yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. berusaha mengungkap sisi keilmuan dalam melaksanakan ibadat solat untuk rujukan kepada imam dan makmum.

Syarat, penjenisan, peraturan dan hukum-hakam yang dikemukakan di dalam buku ini, sekurang-kurangnya dapat memberikan penyelesaian terhadap kemusykilan yang sering melanda para Muslim ketika mendirikan solat berjemaah.

Buku setebal 148 muka surat ini menghuraikan pelbagai persoalan tentang solat jemaah yang dibahagikan kepada lima bab. Pada setiap bab, penulis pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil bagi memudahkan rujukan.

Contohnya, jika pembaca ingin mengetahui bagaimana cara untuk menegur imam yang melakukan kesilapan dalam solat, maka bolehlah merujuk kepada tajuk kecil Menegur dan Membetulkan Imam dalam Bab 4, Hubungan Imam dan Makmum.

Selain itu, penulis turut memberi jaminan bahawa fakta, hukum dan kaifiat beribadat tentang solat berjemaah yang dihuraikan dalam buku ini adalah berdasarkan rujukan kitab yang muktabar.

Kupasan yang ditampilkan dalam menangani setiap permasalahan berteraskan keilmuan Imam Syafie, sekali gus menjadikan buku ini sesuai menjadi rujukan kepada umat Islam di negara ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama