klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, February 13, 2011

Eksekutif Google diangkat sebagai wira kebangkitan

KAHERAH - Eksekutif pemasaran serantau syarikat enjin carian Internet terkemuka dunia Google, Wael Ghonim (gambar) menyatakan beliau sangat gembira apabila mendengar berita peletakan jawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak lewat malam semalam.

Aktivis siber itu diangkat sebagai ikon revolusi kerana menghasilkan satu akaun Facebook untuk seorang mangsa kekejaman polis yang akhirnya menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 25 Januari lalu.



Beliau menulis di laman twitter miliknya:  

"Tahniah kepada Mesir. Selamat kembali Mesir. Penjenayah itu sudah meninggalkan istana. Hero sebenar ialah orang muda Mesir di Tahrir Square dan seluruh rakyat Mesir."

"Saya menjangkakan masa depan yang cerah. Saya percayakan rakyat Mesir yang berjumlah 80 juta orang ini," kata Ghonim. Sebaik sahaja protes bermula, beliau telah ditahan serta-merta selama 12 hari.

Lelaki berusia 30 tahun itu juga memberi kredit kepada syarikat Internet lain dalam usaha menjatuhkan Hosni.

"Revolusi ini bermula di Facebook. Satu hari nanti, saya ingin bertemu dengan Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) dan berterima kasih kepadanya," katanya. - Agensi

Kronologi kejatuhan diktator Mesir

Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahannya.

Januari
17 Seorang lelaki membakar dirinya di luar bangunan Parlimen, yang pertama daripada lima kejadian membakar diri di Mesir sepanjang Januari.

25 Beribu-ribu menunjuk perasaan di seluruh Mesir.

28 Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan menyebabkan 62 orang terbunuh.
Mubarak mengenakan perintah berkurung dari senja hingga pagi dan mengarahkan tentera membantu polis dalam menguatkuasakannya.

29 Pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan meragut 32 nyawa.
Kabinet meletak jawatan, Hosni, buat kali pertama, melantik naib presiden dan perdana menteri baru.

31 Kerajaan mengumumkan kabinet baru dengan kebanyakan jawatan tidak berubah.

Februari

1 Ratusan ribu penunjuk perasan sertai perarakan sejuta orang di Kaherah dan Iskandariah.
Hosni menolak tuntutan dan berkata, dia akan kekal menjadi presiden hingga september.

2 Penyokong Hosni menyerbu Dataran Tahrir, mencetuskan pergaduhan, kerajaan berkata, 3 terbunuh.

3 8 terbunuh dalam pertempuran, ratusan cedera.

4 Puluhan ribu penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Tahrir untuk 'Hari Pemergian' bagi memaksa Hosni meletak jawatan.

8 Beratus-ratus ribu berarak di jalan raya di Kaherah.

10 Kemarahan meletus apabila Hosni mengulangi niat untuk terus berkuasa hingga september.

11 HOSNI MUBARAK MENGUMUMKAN PERLETAKAN JAWATANNYA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama