klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, January 27, 2011

Potensi Kenyir sebagai destinasi Bebas Cukai

DALAM tempoh kurang dua tahun, Tasik Kenyir sepatutnya berubah wajah. Mengikut perancangan kerajaan negeri Terengganu, Tasik Kenyir akan menjadi pusat pelancongan yang lebih terkenal berbanding sekarang dengan wujudnya kawasan bebas cukai serta pelbagai tarikan lain.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan rancangan itu berkata, Tasik Kenyir akan diisytiharkan sebagai kawasan bebas cukai pada 2012.


Beliau berkata, status Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai akan membantu menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, sekali gus meningkatkan tahap ekonomi rakyat terutama penduduk di kawasan terbabit.
“Kita harap ini akan menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan Terengganu. Selama ini kita anggap Tasik Kenyir sebagai tasik yang ‘tidur’ dengan hampir 30 tahun tiada pembangunan.

“Dengan pembangunan kawasan bebas cukai dan konsep ‘island hopping’ yang kita perkenalkan serta tarikan rangka manusia prasejarah di Gunung Bewah, ia akan menjadi destinasi tarikan pelancong,” katanya.
Bagi merealisasikan sebuah kawasan bebas cukai yang lengkap, kerajaan negeri akan melaksanakan pembangunan prasarana termasuk kompleks bebas cukai, kompleks kastam selain mewujudkan rangkaian gedung perniagaan berkualiti berkonsep ‘factory outlet’.
Kerajaan negeri juga menimbang membina 300 unit chalet tiga hingga lima bintang di Pulau Serindit.
“Kerajaan negeri memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan prasarana pelancong di Tasik Kenyir termasuk taman tema air di Pulau Besar, Taman Orkid, Taman Herba, Taman Burung, Taman Rama-Rama, Taman Anggur selain Santuari Gajah dan Kelah,” katanya.
Begitupun bukan mudah untuk kerajaan negeri mendapatkan kelulusan menjadikan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai.
“Saya akui ketika mula bincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau agak berat (keberatan meluluskan), tetapi saya yakinkan beliau.
“Tasik Kenyir tidak kurang hebatnya, malah lebih unik kerana ia sebuah tasik yang menempatkan lebih 340 pulau,” katanya.
Begitupun, sama ada bebas cukai atau tidak, Tasik Kenyir sudah pun menjadi tumpuan pelancong terutama mereka yang sukakan keindahan alam semula jadi dan kaki pancing.
Mengikut laman web Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, 60,000 pelancong mengunjungi Tasik Kenyir pada 2006 dan jumlahnya dikatakan agak konsisten sehingga sekarang.
Uniknya Tasik Kenyir yang dibina antara 1978 dan 1985 adalah keluasannya yang mengatasi Singapura. Ia mempunyai 340 pulau dan meliputi kawasan seluas 260 kilometer persegi.
Tasik Kenyir dikelilingi hutan tropika dengan lebih 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies tumbuh-tumbuhan dan 300 spesies kulat. Ia juga menjadi rumah kepada 800 spesies rama-rama, 370 spesies orkid, 1,000 spesies burung dan 200 spesies haiwan lain.
Begitupun, saingan sengit Langkawi yang juga pusat bebas cukai nombor satu negara perlu diambil kira kerajaan negeri Terengganu untuk memastikan Tasik Kenyir turut mendapat sambutan hangat selepas dilancarkan pada 2012.
Langkawi berkembang pesat dengan memiliki banyak produk pelancongan bertaraf antarabangsa, lokasi lebih strategik, kemudahan pengangkutan yang efisien, saiz pulau tidak besar yang memudahkan pergerakan pengunjung dari satu tempat ke tempat lain, banyak hotel dan restoran menawarkan pilihan harga yang pelbagai selain kemudahan membeli-belah yang selesa kerana kedudukan pusat jualan yang berkelompok seperti di bandar Kuah.
Dalam aspek ‘factory outlet’, Indonesia terutama di Bandung menjadi pilihan penduduk di negara ini berikutan tambang kapal terbang yang murah jika tempahan dibuat awal.
Selain dapat merasai suasana dan budaya di negara asing, pengunjung juga dapat berkunjung ke tempat menarik dan unik yang tiada di negara ini seperti gunung berapi Tangkuban Perahu.
Justeru, untuk mendapatkan pengunjung, pihak yang menguruskan Tasik Kenyir perlu lebih kreatif dalam menawarkan produk pelancongannya termasuk pembinaan atau penghasilan produk baru selepas tempoh tertentu untuk mengelak pengunjung bosan dengan produk sedia ada dan tidak tertarik untuk ke sana lagi.
Harga produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan termasuk rumah bot dan hotel juga perlu berpatutan untuk menarik kunjungan pelancong luar dan dalam negara.
Apa yang penting ialah memastikan Tasik Kenyir mendapat kunjungan pelancong yang sanggup datang berulang, sama seperti yang berlaku ke atas Langkawi dan Bandung apabila pengunjung merasakan ada sesuatu yang menarik untuk mereka pergi ke sana lagi.
Berdasarkan rancangan kerajaan negeri untuk membina taman tertentu selain kelebihan alam semula jadi yang unik, Tasik Kenyir berpotensi untuk menjadi tarikan pelancongan yang lebih baik berbanding keadaannya sekarang.
Namun, perancangan dan pelaksanaan perlu tepat serta berkesan kerana misi mengangkat Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai yang unggul bukan saja di negara ini, tetapi juga antarabangsa bukan tugas mudah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama