klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari raya AidilAdha 17.11.2010

Hari raya datang lagi..... Selamat hari raya Aidil Adha buat kenalan di luar sana... Moga sihat semuanya.... Hari raya korban saban tahun menemui kita. Adakah kita sedar atau tidak terpulang.... Tapi kini dah tak semeriah dulu la kan... Dipantai timur cutinya 2 hari di lain-lain kawasan pulak 1 hari jer... Pasti terkejar-kejar kalu yang balik kampung....Apa pun berhati-hati balik kampung ya... drive carefully... omputih kata,....

Bersiap-siap bukan nak bekwoh.... Baju pakai berwarna merah...
bukan nak vi lembu marah.... tapi nak v sama kaler merah... he he



Raya bukan selalu... baju pakai raya baru ni la jugak... buat apa membazir kan....Hok ngejas sket tu biasa la... Tukang ngejas buat baju ader dok sisi amik gambar... puas hati ar tu baju hok dijahit dipakai oleh keluarga sendiri....syokkkk nya raya

Time lembu menjadi mangsa... Alkisah lembu bertiga.. Duduk sekawan menunggu detik untuk dikorbankan.... Takbir raya diperdengarkan... Agar tenang pisau dihulurkan... Kalu dulu 6@7 dikorbankan... tahun ni 3 disediakan... bukan sebab takut untuk korban... tapi mungkin faktor masa tidak mengizinkan. cuti luar sehari jadi perkiraan.... duit sebahagian mungkin ada peningkatan...cuaca bulan 11 jadi ukuran....
Masa kejadian perlu dipercepatkan, orang ramai berterusan, lembu bertiga mesti segera dikorbankan. Tolong menolong perlu sepakat untuk tumbangkan. Buat permulaan hanya 2 orang diperlukan, tugas diserahkan kepada saya selaku penghambatan agar lembu masuk jeratan. adeqku dibelakang tugas mencabar bakal digalas... buat jeratan ikat kaki sang lembu satu dibelakang satu didepan... Oh ya kali ini kami berikan tips untuk jatuhkan lembu dengan cara yang betul.. ikut cara kami....

Cara Merebah / Jatuhkan Lembu

Kalau lembu jinak boleh saja gi ke belakang lembu tepuk belakang sket pahtu sesambil, ikat atau jerut kaki kiri lembu.... kalu lembu dah tahu dengan sebab berbau darah atau bekeng.... terpaksalah gunakan cara pasang jerat dibelakang dan hambatan diperlukan untuk mengumpan lembu masuk jeratan. kaki kiri ya..... pah tu suruh pakat ramai ramai tolong pegang tegangkan tali belakang agar senang kerja kedua dijalankan. Okay... tali kedua diperlukan.... kerja pertama selesai bermakna kerja kedua amat senang diperlakukan.... lembu dah tiada pilihan... so... just pergi ikat @ jerut kaki kiri lembu dan lempar @ hulur bersilang ke bawah lembu. kasi tarik kuat kuat... reramai lagi bagus... automatik lembu akan rebah bila tali belakang dan depan ditarik serentak beramai-ramai.... CAYALAH!!!!.... kalu tak jatuh jugak, cuba cara saya satu lagi... paling best... laju pergi tarik sekuat hati ekor sang lembu dan 'dummmm' lembu rebah... cepat cepat ikat kedua-dua kaki depan lembu dan belakang lembu juga. pastikan ikatan tali kemas....
Penyembelih dipanggil... lembu mestilah mengadap kiblat... takbir bergema... korban diteruskan....AllahuAkbar!!!!

...
darah berceceran..... mengalir jika kena gaya.... melekap dimuka dan tangan menunggu untuk dibasuh dan di lap hingga kering.. Oh raya korban kan ku ingat lagi... Korban diteruskan, panggilan diutamakan. Hari pertama berakhir dengan kejatuhan 5 ekor lembu. 3 di tempat sendiri 2 di tempat orang.

Cerita ini belum berakhir lagi... setelah siap serahan bahagian.... 7 bahagian ya...... Masing-masing balik ... bukan dengan tangan kosong... tukang-tukang melapah... bebudak semua dibagi tanda terima kasih kepada semua. Nak jadikan cerita bahagian perut masing-masing pakat tak nak cara. Bapak-bapak korban tujuh bahagian semua tidak kemahuan, so ada 3 kesemuanya. Nak ku kambus ada 3... 3 kali lubang.... 3 kali busuk semerbak bauan kalu tak kena gaya. Cadangan dikemukakan..... pantai jadi taruhan.... tempat bermandian..... pantai batu burok kini ditujui.... ya beda bedu...... leh main pantai... sesambil la...

Kisah diteruskan... 2 kali angkut juga dengan kereta adeqku.... Kali pertama berjaya kali kedua entah macamana adeqku terlajak.... "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata ada sempadan, ni terlajak kereta" terus terbenam dalam pasir pantai..... Bila dah tekan minyak selalu ... tayar semakin mendap ke dalam pasir... 'rapat jip' ngan pasir... aluhai..... Kekuatan dan kreativiti diperlukan... keletihan bertambahan..... "Stop kejab ku berikan arahan..... jom siapkan perut dulu...... pahtu kita mikir semula.... kita tepon orang-orang kat umah ker"....
Kuasa Allah di hari raya... syukur padaNya.... selang seketika 3 orang satu kereta sempat singgah menanya ingin menolong keluarkan kereta.....kejadian lalu tersekat tayar kereta dijadikan panduan buat mereka bertiga. Usaha diteruskan....daya penolakan ada penambahan, sudah pasti kereta dilepaskan.... Terima kasih tak terhingga buat 3 sekawan..... selamat hari raya diucapkan....
Itulah cerita panjang sepanjang hari raya korban yang siap ku karangkan..... perrgh berapa kali ubah skrip daaa..... Raya korban raya haji, tanpa pengorbanan tiada seri. Syukur, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama