klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, October 6, 2010

Cara Membancuh Simen

Syawal dah nak sampai ke penghujung... rumah terbuka dah banyak yang terpergi dan yang terlepas.... Kini bermula misi saya untuk siapkan rumah ayahanda tercinta... Almaklumla akan ada majlis keraian nanti... Majlis Perkahwinan adeqku.... Jadi... dah trend la pulak wak pembaikan sebelum tu..... mana yang tak terpasang kita pasangkan.. mana yang tak tercat kita catkan... mana yang tak bersimen kita simenkan...

Misi terbaru saya adalah memplaster simen.... Nak jugak kongsi cara bancuh simen kat korang semua.... rujukan saya nanti tua pun boleh.... kita bukannya reti sangat benda-benda alah gini.... tua-tua lupa.... kita jadikan tua-tua kita berisi... ilmu penuh didada.... boleh bangga anak cucu kita... InsyaAllah...

Perkara paling asas untuk bancuh simen cara kali ini adalah....

Opsss lupa .... cuba tengok gambar yang saya sediakan.... saya dah cuba tandakan barang untuk bancuh simen nie... mungkin ada lagi barang yang tertinggal.... untuk gambar ini saya tandakan barang bernombor 1 hingga 10 sahaja...... ( anda boleh namakan sendiri barang bancuh simen nie nanti - nak komen sekali pun leh )- takut tersalah label orang kedai tak kenai pulak he he....

Perkara pertama yang kita perlukan adalah pasir ..... pasir pantai ker..... usss.... tak leh ar.... nak pasir garam.... yang jenis halus punya.... kalu boleh tak campur ngan batu kecil mahukan kasar.... sebab kita nak plaster simen.... bukannya konkrit... kalu konkrit takper.... ( kalau tak , kita boleh dengar tukang plaster simen mengeluh tika plaster.... husss..... ader batu oii ). Kita sukat pasir ngan kereta sorong (kereta tolak/tayar satu) - kasi penuh - 4 kereta 1 simen. (lagi banyak simen lagi tua plaster kita ok.... ada gak sekali aku buat 3 kereta 1 simen. Siap letak pasir 3@4 kereta, letakkan simen atas puncak pasir tu.... gunakan alat no. 1@ no. 2, benamkan di tengah-tengah simen... kasi putus dua.... dan ratakan di pasir biar tak nampak pasir aaa....

Kalu sorang leh guna tenaga alatan no.1 untuk mencangkul pasir tadi membawa ke kita.. Nak senang kena 2 orang jugak. kena duduk setentang ngan kita....masing-masing gaul ke sebelah tepi pasir... jadikan timbunan pasir@simen lain..yang simennya dah bersebati ngan pasir. Seterusnya gunakan alatan no. 1 ; buat lubang tengah -tengah pasir..... dan masukkan air secukup rasa.... oh tak perlu banyak kut, kalu boleh bancuh beserta ngan kapur simen (no.9). Rerasa nak penuh cukupla... pahtu timbus air tadi biar sekata.... (Nak plaster kena guna air lebih.... kasi lembik sket... senang lekat). Kalu sorang leh guna semula tenaga alatan no.1 untuk mencangkul pasir yang sebati ngan air tadi membawa ke kita.. Nak senang memang kena 2 orang jugak. kena duduk setentang ngan kita....masing-masuing gaul ke sebelah tepi pasir... jadikan timbunan pasir@simen lain.kali ini dah sebati ngan air pulak.... maknanya 2 kali jadi timbunan.... Dah siappun bancuhan simen kita.

Ringkasannya gunakan alatan no. 2... kaut simen ke dalam alatan no. 10... dan bawa ke tempat memplaster.... Gunakan alatan no. 7 dan no. 6. (No. 7 belah kiri, no. 6 belah kanan ya) Letakkan bancuhan simen atas alatan no.7 & dengan kekuatan tangan kanan startla memplaster dinding kita dengan mengugunakan altan no. 6 tersebut... sehingga selesai.... Ambil alatan no. 3.... betulkan @ ratakan simen.... pastu dengan alatan no. 5 sekali lagi kita ratakan sehingga kita betul-betul puas hati rata.

Dalam pada masa yang sama bancuh kapur (no.9) dan simen (no.8) kedalam bekas (no.10).... kasi gaul hingga sekata.... biar lebihkan kapur... simen sket jer.... baru berminyak dinding kita....
Sekali lagi gunakan alatan No. 6 dan No. 7 untuk mengkapurkan @ memputihkan @ meminyakkan dinding kita,.... Last sekali ambil alatan no.4.... rendamkan dalam air..perah sket-sket dan sapu di dinding tadi.....

Wah!!! Siappun dinding kita.... Berjaya juga kita siapkan plaster rumah beserta bancuh simen....
Terima kasih semua..... Wassalam....

Jom belajar Cara pasang Tile / Jubin / Mozek / Keramik Di sini ya...

39 comments:

  1. bagusnya.. memang saya nak cari ilmu camner nak bancuh simen.. tq byk2 tuan tanah.

    ReplyDelete
  2. Step last tu bancuh simen dgn kapur untuk melincinkan dimding ka. Klu tak nak buat takpe ke sbb nak bagi dinding nampak kerutu atau kasar. Boleh tak buat mcm tu? Cantik tak nampak kalu tak buat step last tu? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya yg step last tu utk dinding dlm rumah je.utk dinding luar rumah x perlu..

      Delete
  3. Diharap ianya membantu

    Step terakhir boleh dibiarkan jika kita mahukan dinding kita tak berplaster... tanpa kapur...
    maknanya tidak licin... ianya akan berkerutu dan kasar. rumah sendiri tiada masalah plus lengoh utk memplaster kapur nie :)

    walaubagaimanapun, kini dah ada simen 'walldrop' yang mempunyai campuran kapur di dalamnya. memudahkan kerja kita memplaster dinding.

    ReplyDelete
  4. JOM PELAJARI LAGI

    http://anime4nz.blogspot.com/2011/04/cara-memasang-tile-jubin-mozek-keramik.html

    ReplyDelete
  5. salam bang...
    alatan no 5 ngan 6 tak same ke bang..?
    sekali pandang cam same je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous... No 6..untuk di guna melekatkan simen pada di dinding utk kerja plaster.. Kemudian setelah simen tu kelihatan rata... Baru la guna no 5.. Utk meratakan lagi simen tu... Kemudian akhir sekali guna span utk menhalus dan cantikkan lagi kerja plaster.. Bentuk mcm tu jga.

      Delete
  6. nampak sama tapi berbeza. :)
    no.5 dari kayu
    no. 6 dari besi

    dua dua nie ade kegunaannya memasing... ader sesetengah orang guna satu jer dah cukup... tapi seeloknya 2. kerana... no 6... nipis tak sesuai utk tugas merata berbanding no.5

    ReplyDelete
  7. kalau ikut nisbah macam nk guna sikit je macamana ye?cthnya ......10skop alat no 2 tu,brapa byk simen nk kena letak bang?tq

    ReplyDelete
  8. Nisbah Pasir dan Simen ya : Rasanya Boleh pakai formula nie

    1. Lepa kapur 1:2 (1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir)
    2. Lepa simen 1:1:4 (1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun guna 1:3
    3. lepaan biasa 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) ataupun 1:4 (1 bahagian simen : 4 bahagian pasir)

    Pandai-pandai la korang darab darabkan ya... bijak-bijak!!

    ReplyDelete
  9. Tq tuan tanah kedawung, nk cr idea bt kolam ikn sendiri ni..

    ReplyDelete
  10. Salam..
    sy tgh mencari info cara plaster dinding, jumpa post ni, bagus juga trade ni.
    nak tanya, boleh ke kalau plaster kapur pada dinding yang dah siap ( kering ), sbb ada org ckp plaster kapur dibuat bila dinding yg diplaster dgn pasir masih basah lg?

    lg 1, klu guna lebih kapur dr simen, x ke pelaster tu akan merekah?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. cara plaster kapur - sebolenya pada dinding yg masih berpasir dan lembab... boleh je yg kering tapi kurang menyengap.... semburkan je dengan pili air ke dinding untuk basahkan permukaan barang sekejab cuma...

      2. lebih kapur dari simen atau lebih simen dari kapur - ada formula memasing... cuma saya nak ingatkan jangan terebih sangat kapur tu... nanti bila dah siap... jangan bagi orang menyandar di dinding ya.... nanti habis putih di baju belakang.... [pernah tak terkena bila menyandar di dinding]

      Delete
  11. tuan, kalau untuk plaster dinding tidak dicampurkan kapur boleh ke? apa kesan klu x campur kapur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. plaster dinding tanpa kapur? boleh... tapi jadi macam tak siap... bergerutu... berpasir... kalau suka teruskan saja..... n satu lagi ... jangan sampai orang berkata-kata di belakang..... "ni mesti plaster ngan kaki"

      Apa sifat kapur.... panaskah..... ia melembutkan... melicinkan... n nampak kekemasan.... n yang paling utama senang nanti bila nak cat dinding....

      Delete
  12. tuan, tkasih..tapi biarlah senang nak baca, jgn panjang2...dlm point form lagi bagus...sekadar pandangan

    ReplyDelete
  13. Salam..TQVM sangat jelas dan maklumat yang diberi amat berguna dan praktikal.

    ReplyDelete
  14. sgt2 berguna ilmu bncuh simen neh.. sye nk try wat kt bilik air sndri.. slalu tgk abg dgn kakak ipar je buat..repair umh sndri..kli neh sye plak nk try..

    ReplyDelete
  15. sgt2 berguna ilmu bncuh simen neh.. sye nk try wat kt bilik air sndri.. slalu tgk abg dgn kakak ipar je buat..repair umh sndri..kli neh sye plak nk try..

    ReplyDelete
  16. Dah cuba dan sangat membantu sebelum ni tengok je orang buat kerja kini boleh juga buat sendiri....

    ReplyDelete
  17. Saya nak kemaskan Bahagian peti Surat yg dah tercabut besi yg ditampal pd tiang batu pagar.. Boleh tak guna simen semata mata bancuh ngan air je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh... memang simen utk dibancuh dngn air...
      tapi jika melibatkan pagar simen konkrit disarankan campurkan juga dengan pasir halus/kasar utk kesesuaian dan sama dengan pagar sedia ada.. [jika simen dan air sahaja.. licin... dan kelihatan bertapung :) ]

      Delete
  18. Assalam encik,sy nk tnya.kalo kita nk buat jubin yg ltk batu2 tu elok guna bancuhan simen yg mana ye?yg biasa org buat utk ltk kt laman tu cik. Sy xsure org pggl apa..😅
    Nk diy sendiri la puashati, leh buat byk...ada lbh jual kt jiran2.. hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepaan biasa ke?sbb simen+pasir😬😅✌️

      Delete
    2. simen biasa je... tapi ade juga tak perlu bersimen di tengah... memadai hanya dengan pasir dan kekemasan akhir dengan simen sahaja.

      Delete
  19. Kalau untuk kolah Mandi macam mana campuran agar air tak meresap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya air akan meresap jua ke dalam simen ... cuma lambat....dan biasanya kita melicinkan simen lantai utnuk menghalang laluan air meresap...
      tipss |: sebelum bersimen, pasang plastik biru (ada dijual di kedai untuk menghalang penyerapan air) dan baru mulakan simen & tile jika perlu.

      Delete
  20. Asalamualaikum encik. Jika kita nak menyimen lantai tandas manggantikan jubin.. utk buat licin prmukaannya terus.. Berapa nisbah yang ssuai kita guna..? Adakah kita kne guna pasir, kapur dan simen skali gus.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna simen ubat. Hardware paham apa itu simen ubat atau ubat simen.

      Delete
  21. Dia punya karangan, cara bahasa digunakan macam orang terengganu. Hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sssshhhh... memang orang tranung pun... haha... off rekod....

      Delete
  22. Alat no3 tu apa namanya bang?nk ct kt hardware,tkut diorg xpaham..hha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kayu perata simen .... ada saiz 3kaki,4kaki,5kaki atau 6kaki

      Delete
  23. asalamualaikum,jika dinding lama sudah plaster kasar,jika nak buat dinding jadi licin,boleh ke ,guna bancuhan simen macamana tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh....basahkan dinding plaster kasar
      bancuhan simen + kapur simen + air

      Delete
  24. assalamualaikum
    kalau kita nak simen celah celah tiles dalam bilik mandi bolehkah
    pakai simin saja atau ada cara lain?

    nak licinkan simen lantai selepas disimen guna apa?
    tk

    ReplyDelete
    Replies
    1. celah tiles ? jika celahan tiles.... nak jimat memang bulih gunakan simen sahaja... tetapi sebenarnya memang dah ada simen/gout/simen tile/simen warna untuk dibuat pilihan di kedai tile.(boleh pilih pilihan warna mengikut tile)

      licinkan simen ? biasanya selepas disimen kita terus lap / basuh menggunakan span dan air sahaja. jangan biarkan simen lama di lantai menjadikan simen keras dan sukar untuk dicuci... akhirnya terpaksa menggunakan pencuci tambahan seperti asid, clorox dan sebagainya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online