klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, September 23, 2010

Cara Melapah Kambing

Assalamualaikum....
Kali ini aku nak kongsikan cerita di sebalik kambing. Kambing yang saya maksudkan kambing aqiqah. cukur jambul @ cukur kepala @ cukur rambut.

Peristiwa nie berlaku pada raya keenam baru ini. Apa yang saya nak coretkan cuma cara penyediaan @ cara melapah kambing.

Mungkin disesetengah kampung jarang mempraktikkan cara ini. Kalut, payah, eee... ada yang buat macam nie ke?, x pernah tengok pun, sedap ke?, cerewet, bermacam-macam andaian dibuat. Saya juga beranggapan sedemikian pada mulanya, tapi setakat nie dah 2 kali saya melaluinya. Ini caranya, kampung halaman, cara kampung, kampung halaman wife tercinta.... Kelantan.

Alkisahnya, bermulalah cerita di pagi jumaat. Baru nak genyeh mata, tukang sembelih dah sampai..... bangun... bangun!!!! Awalnya ... Tengok jam di dinding angka belum menjengah pukul 7 pagi pun. Persiapan diri dibuat, ...keluar rumah.... Tup-tup, ayah mertua, penyembelih & 2 orang lagi dah beredar dari tempat kejadian. Dah tertiarap pun 2 ekor kambing di atas tanah. Terlepas saya proses penyembelihan, kambing kecil tak perlu banyak tangan, ramai pemerhati saja-saja gak kan....

Proses pertama sudah terlepas. Rugi ni, he.. hee... x kan saya lepaskan lagi proses seterusnya....

Proses ke - 2 : Api, kayu , unggun api perlu dihidupkan, batu pelapik menjadi sandaran, periuk besar segera disertakan. Rembusan air diperlukan segera.
Kenapa perlu air??? Ya... proses ke - 2 memerlukan pemanasan air. Anda pernah memproses ayam kampung . Jika benar... jawapan nya .. YA... cara sedemikian diperlukan. Pembuangan bulu-bulu luaran kambing. Kalu ayam boleh kita rendam dalam air panas dan cabut bulu perabih. tapi ini kambing lebih besar dari ayam weh.... kalu ada periuk besar boleh juga kita gunakan. tapi jarang dipraktikkan... baik rebus terus.... he.. hee...
Eh... Lambat pula air nie menggeledak, api pun tak berapa menjadi. tambahan diperlukan. Dapur gas jadi cadangan. 2 ekor 2 periuk air panas. Dua-dua menjadi. Air dah mula mendidih....

Proses ke - 3 : Orang dah bertambah, proses mesti disegerakan. Simbahan air panas diperlukan. tak perlu banyak. cukup cucur @ curah sedikit demi sedikit di kawasan yang dipilih. Tugasan ini mesti cepat, tahan panas sket, kalu tidak bulu akan mengeras semula, payah nak dicabut. Curah air, terus cabut bulu.......hingga licin.... sukar ke??? senang je... Cuma cerewet la sikit tapi hasilnya kan berbaloi-baloi. Apa yang penting... KERJASAMA..... Kerja jadi mudah. Orang kampung masih mengamalkan cara lama. Tak perlu membazir. Seekor kambing semua boleh dimakan. Hatta kulit dijadikan makanan. bukan dibuat pukul gendang. Dikala ini pun kulit dah tiada harga. Dibuang begitu saja, dikambus @ ditanam bersama perut busuk.... Membazirkan!!! Membazir itu amalan syaitan....
Bila dah ramai orang, keja jadi senang. sorang curah air, sorang cabut, sorang lagi tukang amik gambar..... he..hee... cantekk punya... gurau jer. Habis bulu saya cabut.... Mana lagi nak cabut nie???

Proses ke - 4 : Kambing perlu digantung untuk meneruskan aksi ini. Bila dah gantung boleh teliti dari atas hingga bawah. Kalau masih ada bulu tertinggal, cabut lagi. ada lagi.... cukurrr la nampaknya..... Tengok tu.... saya sedang mencukur . cukur anaknya belum... cukur bulu kambing duluan....[seolah-olah mencukur kepala budak la nie] Pisau cukur disediakan. Pisau 'gillete' atau seumpamanya je.. Supaya.... lebih licin... tak la kita termakan bulu kambing nanti....
Siap dicukur... ha.... Kunyit berempah dileset@disapu pada badan kambing. Yang putih dah bertukar kekuningan. Giliran api mengambil tempat. Daun Nyor @ kelapa kering dijadikan api untuk 'melayur' di sekitar badan kambing.... Itu sebab kambing digantung, senang untuk 'memanaskan' badan kambing rupanya... Proses ini dikatakan memudahkan organ dalam kambing, contohnya perut, hati, limpa dsb mudah tercabut @ terlerai.

Proses ke - 5 : Proses biasa yang kita lakukan melapah daging. tak perlu saya panjangkan cerita ini. Siap melapah, daging dihiris untuk digulai. Yang menariknya, kulit & daging menjadi satu, dihiris seperti daging seolah-olah sebati bersama daging. Hilang dah kulit kambing yang berbulu-bulu tadi. Perut pun apa kurangnya. Perut muda, usus, kitab, perut dalam, perut masam semua dibasuh dan dihiris yang tinggal perut yang membusuk sahaja. Kepala & keempat potong kaki lutut kebawah dipotong dan dibakar dalam api. Saya ingatkan nak buat rojak 'kateh', tapi jangkaan saya jauh meleset. Dibersih, dipotong, dikerat bersama tulang & daging.
Siap!!! Basuh kasi bersih aaaa...

Proses terakhir : Hushhhh.. matahari dah hampir naik .... Masa untuk memasak gulai. Biasa la kita masak gulai kan... Masak bersama-sama rempah ratus terpilih. Itu tugasan orang dapur la kan... Daging dimasukkan, kulit beserta sekali nampaknya... Eh.. Perut pun... Tulang pun.... kepala pun....kaki pun.... semuanya... Cuma dibahagi-bahagikan 2 periuk. Rempah, santan secukup rasa...Eeeee.. Ada yang buat macam nie ke???? sedap ke... kalu tanya saya .. MEMANG SEDAP... cubalah...
Tak cukup dengan itu, penambahan diperlukan, mungkin daging kambing itu sendiri belum mencukupi untuk orang kampung. 'Buah Ara' jadi taruhan. buah seakan 'buah tin' Mekkah. Tapi ni buah kampung. Kebiasaannya boleh didapati di tepi-tepi sungai mengalir. Dah jarang kita temuinya..... Dimasukkan sekali kedalam periuk, dibahagikan 2 periuk. Digaul, diratakan sekali biar sebati....
Nah... Apa nak dikatakan lagi... Gulai dah siap... tinggal nak makan saja.. yang mana satu daging, yang mana satu kulit, yang mana satu 'buah ara'. Pandai-pandai ar membezakannya. Bila dah semua masuk - bertukar seakan sama. Payah nak cam.... terutama 'buah ara' ngan kulit kambing. Bau kambing pun kurang...... Daging kambing ker niee????

Okey la... setakat ini dulu cerita kali ini. Cerita panjang dari saya. Seronoknya..... Sila komen jika ada.... Saya ingin kongsikan keseronokkan ini dengan anda semua. Ketahuilah ' Yang Pelik Itu Satu Tradisi, Yang Makannya Adalah Kita, Kita Yang Tentukan Apa YangTerbaik Untuk Kita'. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama