klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, November 25, 2009

Virus TAUN menyerang Terengganu

Vibrio Cholera...... Kuman taun yang kini menyerang penduduk Terengganu..... Ekornya nampak panjang sket.... ha ha.... Tu la pasal wabak taun nih lain sket dari negeri lain.... sabah/sarawak nun.... Ianya dikatakan mudah dijangkiti.... Mudah tersebar..... Bahaya bagi orang ramai..... Setakat ini berbahaya bagi penduduk Terengganu.... [ yang didapati bakteria ini mendiami makanan kegemaran orang Ganu ; KEROPOK LEKOR. .. dan selebihnya air batu..... ]
Peringatan : JIKA ANDA ADA TANDA SEPERTI ;
Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk
Najis cair yang berwarna
Otot kejang di pergelangan kaki dan perut
Tekanan darah turun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung....
SILA ... ke HOSPITAL berdekatan anda.....kerana dah ada tercatat kematian akibat taun nih.... Kawan sepejabat aku pun dah terkena wabak ni (Dah la mengandung.... Semoga dirinya dan kandungan sihat senantiasa.....Amin)...Cuma disyaki ja baru.... Aku cuba la ngan kawan sepejabat nak gie melawat kat Hospital.... Apanya... 'Jaga' tak bagi masuk.... Kiranya satu wad tu... untuk penyakit ini DIKUARANTIN sepenuhnya.... kalah VIRUS BABI DULU>>>>>

Bagi mengukuhkan lagi; Lihat kenyataan dibawah :

KUALA TERENGGANU 19 Nov. - Jabatan Kesihatan negeri akan mempergiat aktiviti kawalan dan pencegahan terutama di kawasan yang berpotensi mengalami cirit-birit sejak wabak taun melanda negeri ini Jumaat lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan berkata, ini termasuk memberi nasihat kepada masyarakat supaya mengutamakan penjagaan kebersihan di samping penyediaan makanan yang bersih.

"Orang ramai yang mengalami cirit-birit perlu mendapatkan rawatan segera di hospital kerajaan di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican mengumumkan bahawa 158 kes taun dilaporkan di negeri ini dengan satu kematian dan dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sejak penyakit itu melanda Terengganu 11 November lalu, 112 kes dikesan daripada 402 kes cirit-birit yang mendapat rawatan di hospital dan klinik kesihatan.

Dalam pada itu, menurut Nordiyanah, kesemua pesakit yang mengalami masalah itu kini ditempatkan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut sekurang-kurang tiga atau empat hari sebelum dibenarkan pulang.

Beliau mengakui, walaupun menghadapi masalah kekurangan katil di hospital-hospital, beberapa langkah tertentu diambil bagi memastikan semua pesakit mendapat rawatan dan mengawal penyakit itu daripada merebak.

Tambahnya, pesakit-pesakit yang telah bebas daripada kuman itu namun berisiko terdedah atau dijangkiti semula diletakkan dalam kelompok disyaki masih mempunyai kuman taun itu.

"Saya minta kerjasama orang ramai yang cirit-birit terus mendapatkan rawatan di semua hospital kerajaan seluruh negeri dan pihak jabatan akan turut menghantar pegawai untuk memantau kawasan yang terbabit.

"Jabatan Kesihatan juga mengharapkan kerjasama semua klinik swasta supaya terus merujuk ke hospital kerajaan jika ada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan cirit-birit," jelasnya.

Friday, November 20, 2009

Perubahan Baru!!!!

Alhamdulillah...... Aku dah ubah dah sikit sebanyak yang termampu... buat cantek sket....
baru nampak class sket... ader sesaper nak bagi komen tak blog haku nih.... tak la serabut sesangat... lagipun still rasa kosong ngat lagi..... apa-apa pun akan ditambah lagi... agar menepati selera haku... har har,.....

Thursday, November 19, 2009

Anak Ke 2 Papa Mama !!!


Alhamdulillah... Syukur nikmat....... Terimakasih bebanyak pada Isteri tercinta.....
Pengorbananmu amat bererti bagi ku.... kini kelahiran yang ditunggu datang lagi.... setelah 9 bulan mengandungkan zuriat kita.... akhirnya tanggal 20 Oktober 2009 tepat jam 3.13 pagi ... Baby kedua kita akhirnya menangis di pagi hari...... melihat alam baru buatnya.....
Disini jua... kemaafan buat Papa anakku..... Papa dok sempat masuk melihat kelahiran mu..... mc n doktor dok bagi masuk..... geram jugak la ... tapi nak buat camana itu prosedur bagi hospital.... malas papa nak beta beta..... kok jadi lagu lain..... tunggu ja la Papa ngan Ma(Tokma) di luar...
Aleh aleh dipanggil masuk.... mc dulu - dulu mitak maaf... sebab dok dang panggil coz mama dah tak tahan nak kuarkan anak ku...... diminta Qamatkan di telinga...... Aduhai gamamnya dihati siapa tahu... tanpa dipanggil menemani Mama tiba tiba dipanggil untuk qamatkan anakku...... Anak didepan mata...... Ku belai mu..... Kukucup mu..... Ku Azankan mu... dan ku Qamatkan di telinga mu...... Selamat datang anakku..... Ini Papamu..... Ku sayang padamu......Syukur pada-Nya.....
Keluar dari bilik.... Ku terus pergi sembahyang sujud syukur...... TERIMA KASIH PADAMU YA ALLAH...... SEMOGA DIRAHMATI DAN DIMURAHKAN REZEKI KEPADA KAMI.>>>>AMIN

Tuesday, November 10, 2009

GOMO KELATE GOMO !!


Baru baru ni aku berpeluang pergi ke Stadium Bukit jalil.... Saja ja tukar tukar angin tengok bola... g dalam 3 buah kereta...... Jadi Penyokong Kelantan weh..... Gomo Kelate Gomo..... Aku bertolak dari Kelate lepah jumaat.... lalu ikut grik..(takut terkandas dalam laluan tertutup sebelah kuala krai-gua musang). gi pun hujan tak serik lagi....
keesokan baru serik hujan.... kira kat KL tak hujan la.... berkumpul di stadium dalam kul 2.00 la juga....
Ramainya awok kelate hari tu....... x penah lagi rasanya tengok seramai tu kat stadium ni,... dianggarkan lebih 85,000 orang dalam stadium tu.... kerusi boleh dikatakan penuh...(cuma halangan untuk nogori ja ditinggalkan). takut teruk plak baloh bila duk rapat2 karang....
Nak bagitau la sikit perasaan kitaore ore kelate(dah jadi ore kelate kan) panaz la jugak menunggu kat belah pintu gate tu..... Lamer la jugak nak boleh ke masuk..... Hairan la jugak ambo .... Stadium punya la besar boleh muat berpuluh ribu orang tapi start masuknya pukul 6.00 pm.....mau tak berasak-asak orang nak masuk..... kemudahan boleh dikatakan cukup lengkap dalam sana(bilik air, tpt sembahyang semua ada...tpt jual pun dah ada sama) Tak salah rasanya kalu dilepaskan masuk awal..... baru la tak kelam kelibut tunggu masanya..... cuma petugas ja la bayar mahal sikit..... moga tugas dia..... duit pun dah berkepul kepul dapat.....ciput jer diaorang dapat......
Asal mula kata pintu mana2 pun boleh masuk..... bila dah gi beratur ....dihebohkan la pulak pintu gate hijau ja boleh dimasuki oleh penyokong kelantan..... pusing la kiter semua melilau cari pintu gate hijau..... sampai sana tak buka pun lagi dalam kul 3.00 lebih.... Tengoh syok tunggu diumumkan pukul 4.00 baru start buka.... beratur la kengkawan ni..... punya la beratur pintu masih tak terbuka... jam menuju ke arah pukul 5.00... Last 5.45 baru diwawarkan bukak pintu gate... pergh rasanya mahu panaz mendengarnya kan..... yang mana tak tahan menunggu ni dah mula hilang sabar..... segala benda yang boleh disambar terus dilempar dalam pintu pagar...
Kemuncak kejadian di pintu pagar bilamana hujan datang menimpa..... waaa.... pintu masih tak terbuka..... tak kasihan ke kat penyokong kelantan sini...... dikhabarkan pintu sebelah sana - gate sebelah negeri sembilan dah pun terbuka.... Banyak la pulak alasan diberi, gate rosak la, tak leh buka la... tunggu orang la.... polis berduyung masuk stadium..... tak tolong pun.... masuk saja ja.... leh tengok free bola ek... he he..
PECAH!!!!!! Nak kata ramainya orang berasak... tolak menolak.... terbuka la pintu pagar besar.... serbu la masuk ......lagi pun masa tu dah tak cek ape ape... maksudnya bila dah orang serbu macam tu.... dibiarnya masuk last last minit... alamat polis tak buat keja la... petugas tengok saja la.... barang larangan yang sepatutnya dilihat, dicek, diraba.... tak berlaku..... penuh saku kawan ngan ngercun bom, siap roket bunga api lagi terlepas..... salah siapa???????? kawan ni la yang jadi mangsa.... cam sebotaj ja...... entah la.... pengurusan stadium kena kaji semua faktor ..... ramainya orang... kna bagi excuss ngan benda benda macam ni....
Bila duk kat dalam perasaan ore kelate yang tadi marah ... dah disejukkan kembali ngan kemeriahan dalam stadium......


Tengok ja suasana malam tu..... dengan ramainya orang dalam stadium ...melihatkan begitu meriahnya bola sepak kelantan........ tapi silap la pulak permainan malam tu..... pasukan kelantan terkezut ngan penyokong sendiri sehingga tak dapat bagi tumpuan dalam permainan..... serba tak menjadi.... itu yang boleh dikatakan.....kena terimalah kekalahan 3 berbalas 1 . ... semoga ianya menjadi kisah dan teladan bagi semua..... lain-lain kejadian yang berlaku adalah sikap manuasia yang tak perlu dipertikaikan lagi..... masing-masing punya idea ada kepala..... tapi kita yang besar ni jangan naik kepala.... berilah kelonggaran yang sepatutnya agar tidak menjadi buah mulut orang selamanya..... MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA~!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online