klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya......

Selamat Hari Raya...
Itu yang dapat ku ucapkan sempena hari yang berbahagia ini..... Setelah sebulan kita berpuasa... kini telah tiba masanya kita menyambut hari lebaran.......
Semoga segala amalan kita sepanjang bulan puasa diberkati, dirahmati dan diterima oleh Allah....
Moga amalan kita digandakan pahala kita bertambah...
sebulan kita berpuasa bersamaan 10 bulan..... tambahlah puasa enam di bulan Syawal yang bersamaan 2 bulan bulan... maka genaplah kita berpuasa setahun....... itulah yang Allah janjikan kepada orang-orang mukmin yang senantiasa bersyukur kepadaNya......... sekian.

Dikesempatan ini ku mohon ampun... susun sepuluh jari memohon silap maaf jika ada tersalah kata, tersilap bicara... terlanjur kata....... buanglah yang keruh jernihkanlah ia..... kita buka lembaran baru.....

Monday, September 14, 2009

Paku 2 inci setengah


Satu pengalaman bagi kereta aku pada pagi ahad...... Kereta aku mengalami kebocoran tayar di depan Hospital Besar Kuala Terengganu. Satu kerja pula aku tukar tayar spare ..... Lepas balik dari kerja baru leh gi tukar tayar kat kedai tayar...... Cek punya cek... Pergh.... Elok ja paku 2 inci setengah terbenam dalam tayar aku.... patutla bocor... bila lagi la terkena aku pun tak perasan... nak kata masa aku bawa memang tak lari sedikit pun.... lagipun tayar belakang aku yang kena....
Pikir punya pikir .... semalam memang aku gi jalan jauh... ke Rantau Panjang... Siap masuk dalam sempadan siam jauh ke dalam....[adakah masa di sana lagi terkena] punah la tayar aku lagu tu.....

Hari-hari terakhir Puasa

Sedar tak sedar kita dah memasuki penghujung ramadan kan.... sekejab ja masa berlalu.... sebanyak mana amalan yang kita dapat gandakan dalam bulan ini ya??
Apapun dalam kesibukan berpuasa ramai yang menawarkan amalan berbuka puasa.... Biasanya 'namat' kat masjid-masjid kampung. tak terkecuali di kampung aku juga.... kebiasaannya makanan akan dibawa oleh penduduk setempat dan yang pastinya masjid juga akan sediakan hidangan berbuka puasa.... dalam kes ini... rumah aku juga tak terkecuali dalam menyediakan lauk pauk untuk berbuka puasa.... (kiranya masak kat rumah dan hantar ke masjid).
Ikut tradisi....ikut-ikutan la ni.....kebiasaan...... Kat rumah aku juga akan ada masa nya untuk berbuka puasa.... orang terengganu kata 'sekali arung'.... ha ha .... Tarikh jatuhnya waktu berbuka puasa @ 'namat' kat masjid kampung aku jatuh pada hari jumaat 11.09.2009 (21 ramadhan).
Berbuka puasa di rumah ku hanya dihadiri oleh sanak saudara sahaja. penuh la jugak dalam rumah.... sendat.... sampai tak cukup lauk... tapi Alhamdulillah semua dapat.... kira semput-semput.... tak membazir langsung tahun nih..... Syukur.....

Menu Berbuka Puasa

Nasi Putih(biasa)
Gulai Daging(biasa)
Tomyam Campur(biasa)
Ikan Bakar[Siakap, Barat, Cermin, Sebelah, Merah, Kembung]
Ulaman+Sambal Belacan+Telur Masin
Air Katira ....... Licin.....

Apapun terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.... diharap semua berpuas hati dan yang mana tak berkesempatan dijemput harap tidak terasa terpinggir kerana masih ada hari tahun dan waktu yang lain untuk kita temui...InsyaAllah......

Wednesday, September 2, 2009

Berbuka Puasa Di Hotel Felda


Tepat jam 6.30 pm pada hari Sabtu 29.08.2009 aku sekeluarga sampai ke Hotel Felda Residence kat Area Kuala Terengganu....
Hari ni Kompeni aku buat majlis berbuka puasa di Hotel ini...
Pihak hotel lak berbesar hati memberi tempat makan paling atas ar bagi aku... Tingkat 19..
Hari ini dalam sejarah la dapat makan tempat paling tinggi dalam Negeri Terengganu Darul Iman.
Makanan sama macam hotel-hotel lain..... yang paling best tu... Nasi Bukhori Kambing.... pergh.... kecur liur......
Pemandangan tok sah cerita la... dengan berlatarkan 'waterfront' , Pulau Duyung dan tak lupa juga dengan Taman Tamadun Islam (Masjid Kristal).
Apa yang aku kecewa sikit pasal tempat sembahyangnya yang rasanya cam tak mesra MUSLIM ar.... tempat air sembahyang (wuduk) kena ambil di dalam Bilik Air nun jauh di hujung sana. Satu pulak terkebil-kebil kita nak bersembahyang ngan arah kiblat tidak terlihat dimana-mana.. Harap Kain sembahyang sedia ada jadi panduan.....
Walaupun hotel ni masih baru..... Semoga benda benda asas kemudahan ini haruslah dititik beratkan agar memudahkan orang ramai...... Sayonara.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online