klik atas

backlink

gambar laju

Monday, July 27, 2009

TATU TENTERA DARAT DI TERENGGANU

Buat julung-julung kalinya, warga terengganu dapat melihat pertunjukan TATU Tentera Darat Malaysia bertempat di Stadium Sultan Nasaruddin Shah pada 23-25 julai 2009 baru-baru ni...
Walaupun aku hanya berkesempatan melihat 2 kali raptai sahaja.... pun sedah memadai bagi aku...(mengikut keadaan harijadi sebenar 24&25 julai tu... hanya 5,000 orang sahaja hadirin yang dapat masuk.. selebihnya duk kat luar pintu tengok skrin besar jer)...
Masa dulu aku pernah dah tengok TATU ni... tapi yang telah dibuat oleh pihak Tentera Laut(TLDM). tapi kali ni Tentera Darat pula....(versi yang sama) cuma ader perubahan sikit yang dibuat...
gimiknya mula-mula.... "BOOMMM" bunti meriam.... berdetup bunyi jantung....
2 orang flying dari atas menara lampu ke hujung sana..... Disusuli Terjunan Payung Terjun..... membawa Bendera ...berkibar di angkasa.... Seterusnya pentomin kejadian sebenar semasa operasi....Pertunjukan Anjing Perang..... Dalam masa sama kelihatan 2-4 buah kereta perisai memasuki padang.... memasang dan membuka meriam..... siap ja pasang... "BOOOMMM" letupan kedengaran lagi.... kecut perut sekali lagi..... hu hu.. Aksi paling best dan syok menonton... Adegan penahanan ahli VIP dan seterusnya operasi menyelamat oleh KOMANDO (banyak aksi dan letupan kedengaran)....Lompatan motor.... pertunjukan kawad senyap.... demo pertahanan diri... pertunjukan brassband... pertunjukan akrobat motor....
Tu la sedikit sebanyak yang berlaku pada malam tu... habis ja semua pertunjukan.... ditutupi dengan percikan bunga api...... fu yooo.... itu la yang dapat digambarkan masa tu....
Tahniah buat para ASKAR sekalian... jasamu .... akan kami kenang.... pertunjukan mu sungguh mencuit hati.... diharap para belia dapat mencontohi.... jika perlu memasuki Tentera Darat ... Silakanlah .... Taburkan kanlah jasamu untuk dirimu... keluarga dan tanahairmu.... Ambillah sebanyak mana pengetahuan dan ilmu..... untuk kegunaan masa kecemasan.....
Jika takut untuk kekal dalam Tentera Darat... Askar Wataniah (simpanan/sukarela)sedia untuk berkhidmat....
Walau
Apa
Terjadi
Anak
Negeri
Ini
Akan
Hadapi

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari Separa 22 Julai 2009

Semalam baru jer aku tahu yang hari ni akan terjadinya Gerhana Matahari paling lama di abad ini aku rasa la kan...

Hari ini aku rasa bertuah gak ler dapat tengok melalui pejabat aku....(Leh tengok melalui tingkap yang dipasang tinted gelap 2 kali ganda) tu ada gambar yang dapat aku ambil.... aku boleh nampak apa yang dikatakan lebih kurang 13% sahaja di kawasan aku...Kuala Terengganu.

Gerhana matahari separa esok Rabu 22 Julai 2009. Dikirim oleh epondok di Julai 21, 2009
KUALA LUMPUR 21 Julai – Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.
Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.
“Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku,” kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd. Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.
Kawasan utara semenanjung merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.
Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.
Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.
- BERNAMA

Makluman : Sebarang info berkenaan gerhana Matahari Separa 22 Julai 2009 sila layari laman web berikut : http://www.falak.udm.edu.my/?news=yes&alink=20090610134017
Gerhana matahari 22 Julai 2009 Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21.Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:

"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands.

The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean."

Lokasi yang menjadi laluan gerhana penuh boleh dilihat pada rajah di bawah. Namun bagi penduduk Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia.



Monday, July 13, 2009

Selesema H1N1

Dah kalut ya sekarang ni di seluruh dunia pasal wabak ni.... kes selesema babi.... (dah tak boleh sebut dah... sensitive) Kali ni dah mula merebak ke negeri kelahiranku... Terengganu Darul Iman. Setakat apa yang aku tahu ... 2 buah sekolah kat sini dah diarahkan tutup selama seminggu lamanya.... Bayangkanlah... disebabkan seseorang dijangkiti sahaja... satu sekolah ditutup..... Ruginya mata pelajaran anak bangsa..... harap memasing dapat kejor semula .....

APA YANG PENTING SEKARANG..... Kesihatan semua orang di sekeliling..... Nyawa tidak dapat dicari ganti.... Diharap semua yang dijangkiti wabak ini segera sembuh dan tak menjangkiti orang lain..... Kita hanya mampu berdoa agar dijauhinya..... Hanya Allah yang lebih berkuasa atas segalanya..... Ingatlah pada Allah..... Nescaya Allah akan melipatgandakan ganjarannya.... amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online