klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, June 28, 2009

Motor Racing Mat Rempit


Pegh.... kretifnya ciptaan mamat nih.... dah lulus sirim ker..... ??? Tu salah satu soalan bila aku gi di salah sebuah gerai Ekspo Padang Astaka, Kemaman. Rupanya tu gambar motor mat rempit.... disita masa tengoh syok merempit oleh JPJ...... Di Kuala Terengganu pulak tu.... (kalau tak silap kawasan wakaf tapai.... dekat ngan Balai Bomba tu rasanya).... info ni pun aku dapat setelah dibagitau oleh pegawai bertugas di situ.... Kretif juga warga orang melayu kuala terengganu ni weh.... awok-awok muda pulak tu....... tak nak komen la sebab aper diorang jadi lagu ni.... mungkin bagi mereka satu kepuasan bila dapat buat macamtu.... satu kebanggaan.... Harap-harap diorang buat benda yang lebih berfaedah... untuk diri sendiri bangsa dan agama....

Replika Penyu Agar


Kebetulan aku duk di Padang Astaka, Chukai Kemaman... Gi la jugak melawat gerai sekeliling aku.... lebih kurang 30 buah semua yang ader kat atas padang....... tak termasuk kat gerai luar sebelah ngan taman permainan Roller pusing-pusing tu..... Aku tertarik ngan replika kat Gerai Pejabat Perikanan Negeri Terengganu.... Tercuit hati aku nak tengok anak penyu kat situ... penyu agar agar.... keciknya..... leh pegang tangan gitu..... cam kura kura la pulok.... hu hu....

Sedikit fakta yang ku cedok kat internet mengenai penyu Agar.....Penyu Agar juga dikenali sebagai “penyu hijau” disebabkan kandungan lemak badannya yang berwarna hijau. Warna badannya adalah coklat tua atau kehitam-hitaman. Hanya penyu ini mempunyai satu kuku di kaki renang hadapannya. Saiz badannya lebih kurang 1.2 meter dan beratnya boleh mencapai 270 kg. Makanannya terdiri daripada rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah antara April-September dan menghasilkan 100-140 biji pada setiap peneluran. Telurnya bulat dengan kulit yang lembik dan bergaris pusat 5.0 cm. Penyu ini terdapat di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali Kelantan, Negeri sembilan, Selangor dan Perlis.

Kaunter Jualan Rumah Di Padang Astaka, Chukai, Kemaman


Dah 5 hari aku keja luar.... kat kemaman kali ni... apa lagi ... pasal keja opis la beb... takkan ngulor pulok..... kami bukak gerai kat padang astaka kali ni.... biasanya kami buka di tapak Tabung Haji atau Bank Islam je... tapi kali ni... kasi kelainan sket.... kebetulan di Padang Astaka, Kemaman ni ader pameran.... Opis aku turut serta la.... 5 orang semuanya [Terima Kasih tak terhingga kepada rakan sekerjaku ngan budak praktikal sekali yang menjayakan pemasaran kali ni....].... SAMBUTAN;....... boleh la tahan.... ramai la jugak yang booking rumah..... ( masih ader lagi kekosongan... boleh memohon ya...) Kini aku dah start duk opis semula daa..... Masa untuk kemaskini data pembeli .... Repot..... memang la kena buat kan..... sayonara.....

Friday, June 26, 2009

panazz nya ari ni

Masuk ari ni dah tiga hari aku di bandar kemaman.... ari ni rasa bahang panaz makin kuat terasa. aper pun.. tengah panah panah diberi arahan amik gambar projek pejabat aku di bukit kuang... mari pembeli bukit kuang .....bagi ceramah sepanjang panjang nya... pasal apa amik gambar.... siap bagi warning jangan amik gambar...... kena la aku dan kawan aku sepejabat 2 orang panjang lebar kena terang ... sebab sebab aper..... dok jadi maner la keja kami ari ni... balik bodo ja ari ni.... kasihan adik aku sorang... yang aku bawa... dah la tak tahu apa- apa tapi kena juga tempiasnya.... hu hu... minta maaf ya.. ikhlas dari abang.....

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa 21.06.2009

Salam kepada semua.....

Inginku ku Ucapkan Selamat HARI BAPA kepada semua yang bergelar bapa, papa, aboh, abah, daddy dan yang seumpamanya.... terutamanya KHAS buat abah tersayang..... abang-abang ku... beserta adik aku..... semoga dilimpahi rahmat semuanya... agar diberi petunjuk dari Allah dalam membimbing anak-anak kurnian Allah yang maha esa... supaya menjadi insan yang berguna... sebagai KHALIFAH dimuka bumi.... memperjuangkan agama ISLAM yang tercinta....

SALAM BUAT SEMUA
HARI BAPA DAH PUN TIBA
SATU HARI GELARAN DAH DIBERI
SATU TAHUN BUKAN BERERTI SEHARI

INGATLAH BUKAN HARI INI GELARAN DIBERI
SEJAK KELAHIRAN PERTAMA NAMAMU TERPAHAT DIHATI
TERBIT DARI MULUTMU MENYUARAKAN KEPADAKU
KUKUH DIKALBU TERZAHIR LAH IA MENYEBUT NAMAMU

TERDETIK DIHATI BERBUNGA BUNGA
BILA TERDENGAR KALI PERTAMA
ANAK PERTAMA MENYEBUT MANJA
PA..PA..... PA...PA.....

CAIRLAH HATI LURUHLAH JANTUNG...
ADA YANG TAK TERKATA ADA YANG MELONJAK GEMBIRA
SEHINGGA DISURUH ULANG NAMUN HAMPA...
SEKALI LAFAZ..... ANAK TERPINGA....

BUKAN DISURUH ATAU DIPAKSA
ITULAH YANG DIBERI MAKAN SEHARI HARI
NAMA YANG DIHARAP HARAP ANAK MEMANGGIL SUATU HARI
TIBA TIBA TERPANCUL DI WAKTU KITA SEDARI...

ALHAMDULILLAH... PATUT BERSYUKUR
KURNIAAN ILAHI... SUDAH PASTI...
TINGKAT KAN AMALAN DIRI
AGAR SEMUA DIBERKATI..... SEKIAN...... IKHLAS DARI ANAKMU.. UNTUK SEMUA

Thursday, June 18, 2009

ABAH Gi hospital lagi

Pepagi lagi Abah gi sorang diri ke hospital.... rupanya dah sampai masanya temujanji Abah ngan doktor pakar kat hospital hari tu.... Tapi doktor tu tak buat apa-apa pun ... Cuma cek cam biasa aja... lagipun tak leh buat apa-apa lagi kena tunggu lain hari pulak.... so temujanji semula sebulan lagi ... dah set date dah rasanya... Alhamdulillah,,... tak kena tahan dek hospital....

Hasil Kerja NURUL.....


Selamat Hari PAPA!!! Selamat Hari PAPA!!!!
Hok tu ja dia ulang-- ulang lepah je aku sampai kat rumah....
Padahal tak nyambut hari bapa lagi kan.... hu hu...
Rupanya memang dia terasa nak buat kek.... pah tu dia gi cari ar bahannya ...
nak jadi citernya... dia cari barang banyak tempat pulok tu/.... sikit barang kat Giant, pah tu kat Mydin... Sabasun dan kat kedai biasa pun ader gak... Katernya nak cari hok murah-murah ja....
Nok wak ganer... nurul kan.... ha ha....

Wednesday, June 17, 2009

GERAM WEH!!!!!

Macamaner tak geram.... Terkejar - kejar arii ni nak gi pejabat.... Sampai tengah jalan perasan ader TAHI BUNA elok je melekat kat belakang aku.... abih melekat kat kosyen keta aku.... hangin tul la..... patah balik semula gi tukar baju lain.... Rupanya kusi yang aku duduk semasa aku pakai stokin tadi ader dah terlekat tahi kat situ.... apa la punya ayam kat situ juga ia nak berak..... huh.......

Tuesday, June 16, 2009

Mesyuarat KOPERASI


Masa untuk bermesyuarat..... Mesyuarat Agung Tahunan KOPERASI yang aku masuk bowoh pejabat aku....Aku percaya dah ramai pun tahu kewujudan KOPERASI ni... cuma jalan tak jalan ja... Mari aku bagitau sikit ;

matlamat penubuhannya : Menurut subseksyen 4(1) Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip Koperasi.

Fungsi : Fungsi utamanya untuk memberi kredit wang dan membekal keperluan yang munasabah kepada anggota.

Pokok pangkalnya tak rugi masuk bawah koperasini.... banyak kelebihan .... dulu aku pun tak tahu aper tujuannya masuk ni... kini ... boleh la... tahu lebih-lebih kurang ..Setakat ni aku baru ja 2 kali masuk mesyuarat tahunan ni... Paling best... dapat yuran kehadiran RM35.00... pergh..... Syoknya... gi mesyuarat.....Jom kita pakat masuk KOPERASI.....[ info yang ku dapat KOPERASI ASKAR paling tinggi keuntungan yang kita dapat....Bayangkan....]

Sunday, June 14, 2009

Solat Subuh Jumaat Sujud Sejadah

Assalamualaikum....
Aku terpanggil untuk merencanakan sedikit kisah untuk tatapan sesama Muslim..... Suatu hari aku terdengar perbualan antara hamba Allah mengenai satu persoalan... ianya kecil tapi sepatutnya dijadikan iktibar akan datang... Alkisahnya hamba Allah ini kebetulan pulang ke kampung halaman dan singgah di masjid untuk solat Subuh.... Hamba Allah ini kehairanan kerana solat subuh pada pagi itu berlainan seperti biasa....lagipun Hamba Allah ini terlewat untuk memulai dari awal..... Solat subuh pada pagi itu dikatakan 3 rakaat....
Persoalannya.... Betulkah Sembahyang Subuh 3 rakaat?

Macam ni sahabat..... Subuh jumaat sunat baca surah as-Sajadah. dan dalam surah tu (ayat 15), disunatkan sujud sajadah atau juga dipanggil sujud tilawah. Sunat sujud sajadah ini bukan kerana solat, tapi kerana bacaan tilawah. Kalau dalam solat tu kita tak membaca ayat sajadah, maka takde la sujudnya. Maka betullah 3 rakaat .. tapi tanpa rukuk bagi rakaat pertama...(dari berdiri terus sujud sajadah) dan teruskan 2 rakaat seperti biasa.
Sujud tu sunat bukan kerana solat subuh jumaat, tapi kerana ayat 15 surah as-Sajadah. Hukum sunat untuk sujud sajadah di dalam solat pula hanyalah untuk imam. Bagi makmum pula hukumnya samada wajib atau haram.
sebabnya? makmum wajib mengikut imam semasa solat jemaah. kalau imam sujud, makmum wajib sujud. kalau imam tak sujud, haram untuk makmum sujud. tapi kalau imam tak sujud, makmum masih boleh buat sujud sajadah selepas habis solat, atau selepas mufaraqah dengan imam, dan hukum sujud itu adalah sunat.

Bacaan yang sunat dibaca ketika sujud sajadah ialah: Ertinya: "Aku bersujud dengan wajahku kepada Dzat yang telah merupakan dan menciptakannya, dan menciptakan pendengaran dan penglihatannya dengan kekuatan-Nya. Maha memberkati Allah, sebaik-baik Pencipta".

"Ayat-ayat sujud sajadah ialah:1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 2062. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 153. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 504. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 1095. Surah 19 (Maryam) Ayat 586. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 187. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 778. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 609. Surah 27 (An Naml) Ayat 2610. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 1511. Surah 38 (Shaad) Ayat 2412. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 3813. Surah 53 (An-Najm) Ayat 6214. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 2115. Surah 96 (Al-'Alaq) Ayat 19

Nota:
Perlu dinyatakan bahawa bacaan Surah 38 (Shaad) Ayat 24 menurut Syafi'iyah dan Hanbaliyah tidak termasuk ayat sajadah, tapi ayat yang disunatkan untuk sujud syukur . Bacaan surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77 pula menurut madzhab Syafi'iyah dan Hanbaliyah dimasukkan sebagai ayat sajadah.Wallahu'alam.

Jawapan Ust Zaharuddin:
Tempatnya di dalam al-Quran sekitar 15 ayat. Perbuatan sujud ini disunatkan bagi orang yang membaca dan mendengar, tetapi bagi orang haid dan nifas ia tidak di tuntut menurut pendapat yang disepakati (Al-Fiqh al-islam wa Adillatuhu, 2/1128)

Sujud semasa sampai ke ayat-ayat sujud adalah sunat sahaja menurut majoriti mazhab dan wajib menurut mazhab Hanafi (Rujuk Fath al-Qadir, 1/380; Mughni al-Muhtaj, 1/214; al-Mughni 1/616), Ini kerana Rasulullah SAW pernah tidak melakukan sujud ketika dibacakan satu ayat sujud dari surat an-Najm kepada baginda; ini menyebabkan semua sahabat yang ada ketika itu tidak sujud (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud Ad-Dar al-Qutni dan lain-lain - hadith Shohih).

Bagaimanapun secara umumnya Allah SWT menegur orang yang tidak melakukan sujud apabila dibaca ayat-ayat sujud sebagaimana firman Allah SWT : erti : "Dan apabila di bacakan kepada mereka ayat al-Quran mereka tidak sujud" ( al-Insyiqaq : 21)

Manakala hadith yang menyebut tentang kepentingan sujud ini adalah datangnya dari Abu Hurairah (ra) : Ertinya"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud , maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : „celaka ia, di perintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah di suruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka" (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133; dan Ibn Majah)

Alternatif jika si pembaca atau pendengar ayat-ayat sujud dalam keadaan yang tidak sesuai untuk sujud, maka harus kepadanya untuk membuat isyarat sujud sahaja (iaitu menundukkan kepala sedikit sambil membaca tasbih yang biasa. Ini disepakati oleh seluruh mahzab (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/301, cet Dar al-Fikr ) Ia berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ertiya : "Sesungguhnya Nabi SAW membaca ketika hari pembukaan Mekah, ayat Sajadah, maka semua sahabat sujud, ada di antaranya yang berada di atas kenderaan dan dan di atas bawah, dan terdapat yang menunggang sujud di atas tangannya" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Abu Daud, no 1411, ms 171)

Manakala berkenaan membaca doa sujud 3 kali sahaja tanpa melakukan sebarang isyarat sujud, maka tidaklah diketahui dari mana sumber yang mencadangkan amalan sedemikian. Wallahu a'lam

Sah Menjadi Suami Isteri


Tahniah.... Itu yang dapat ku katakan di hari bahagiamu buat sepupuku ... Selamat Pengantin Baru !!!!
Semoga hidupmu berbahagia ke anak cucu.... amin... Catatan yang ke - 3 dalam musim sekolah ini..... hari perkahwinan yang dihadiri olehku..... [Asyiknya pak mertua bilang wang hantaran.... mau tersembul biji mata....] Berapapun wang hantarannya ianya kepunyaan isteri tercinta.... Gunakanlah ianya sebaik-baiknya.... Agar ianya berkat hingga ke anak cucu .... amin....

Kenangan di LTSM

Kenangan di LTSM (Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu)
Masa untuk bergambar..... bukannya senang nak berkumpul reramai cam gini kan.... apa lagi ... sempat la jugak saya merakamkan detik-detik indah itu seketika..... semoga ianya menjadikan catatan kenangan indah ku buat semua....

Panorama Indah Di LTSM

Di sini aku begitu teruja dengan panoroma yang aku lihat. Sesiapa pun boleh melihatnya disini... bukannya senang untuk melihat pergerakan ikan-ikan yang bergerak berkumpulan....[Kalau dalam 'Discovery' mungkin dah biasa kut]... inilah saat-saat indah yang aku dapat rakamkan.... Rasa cam tengok 'ScrenSever' komputer la pulak..... ahakss

Keretakan tiang LTSM



Semasa Aku berkesempatan masuk ke terminal... Aku terpandang sesuatu....tidak tahulah orang ramai sedia maklum atau pun tidak.... Keretakan sedia ada di beberapa tempat.... yang pastinya di betul-betul tiang hadapan pintu masuk terminal....



Setakat berita yang aku dengar hanya Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang belum dilaporkan mengalami kecacatan walaupun sebelum ini lampu panduan penerbangan dan ‘jetway’atau jambatan laluan penumpang masuk kedalam kapalterbang dilaporkan mengalami kerosakan. Setelah lihat dengan mata kasar barulah keraguan terdetik di hati.... baru ja Terengganu kehilangan kemegahan stadium baru-baru ini.... janganlah hendaknya berjangkit ke bangunan lain.... Kisah-kisah seperti "sekali aku tiup habih runtuh bangunan', "raksasa dah mem'fire' stadium hingga hancur musnah tanpa Utraman tak sempat mengambil tindakan" begitu sinis kedengaran... menjadi buah mulut orang...

Masa Penerbangan Dah Tiba


Pagi 12.06.2009 aku sekeluarga berangkat pergi ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) untuk penghantaran adik aku ke umrah.... [ cam hantar barang la pulak bunyinya...] Alhamdulillah sudah sampai masanya dia pergi sana.... apa yang aku tak maklum kan lagi di sini... sebenarnya genap 2 minggu lepas pun adik bawah aku pun ade gak pergi umrah.... tapi kitaorang tak sempat hantar dan tidak berkesempatan jumpa kerana dia naik melalui penerbangan terus dari Kuala Lumpur.. Bukan melalui Kuala Terengganu lah kiranya. Jadi untuk adik aku yang sorang lagi ni.... dapatlah kitaorang hantar kerana penerbangannya dari Kuala Terengganu - Kuala Lumpur dan barulah ke destinasi..... Lambaian Kaabah memanggil manggil disana..... Bukan satu kebanggaan pun dapat pergi sana dan rasa rendah diri bagi aku kerana tidak dapat pergi sama... Rezeki masing-masing.....insyaAllah ... Dengan izin Allah jua Aku sekeluarga pula dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci ... insyaAllah...

Tuesday, June 9, 2009

AYAM PANGGANG


Aku balik ja dari keja, adik beradik aku dah syok ja membakar ayam ... pergh.... 'berbbq' rupanya ..... terliur sungguh....r... Abang aku yang tepon suruh balik cepat-cepat.... Lagipun ni juga sempena adik aku yang sorang tu dapat pergi UMRAH free.... dah rezeki dia... Alhamdulillah.,.... 2 minggu.. bertolak pagi jumaat 12.06.09. Kami rancang nak pergi hantar dia pagi tu la... InsyaAllah...

Monday, June 8, 2009

hantar pengantin



Masa untuk hantar pengantin beloh puan.... tapi yang ni bukan hok depan rumah aku daa.... ni beloh sepupu sepapat di johor..mulanya cadangnya nak tolak sekali ngan beloh johor.... (lalu ikut terengganu) tapi bila tepon ja malam sebelum kejadian... dah 'on de way' ke kota bharu.. kiranya ikut jalan jerangau - jabor...


So kita orang dari terengganu ni terpaksalah bertolak pagi sabtu 6.6.09. dalam 4 buah kereta gak.... ho ho.... yang nak ceritanya ... aku gak hok duk depan sekali... kira jadi pala' . tempat yang nak gi kenduri ni tempatnya Pasir Mas, dekat ngan Rantau Panjang... so ikutkan aku congak congak.... lalu la ikut Terengganu - Machang - Labok - Kemubu - Awang Duri - Pasir Mas - Rantau Panjang. Lagipun biasala musim cuti sekolah ni mesti jalan 'bertoko-toko' jemnya.... so tu kira jalan pintas ke sana... Alhamdulillah perjalanan pergi tak bersembung dengan aliran jem.... dan sampai ke tempat dituju on time...... (cam rancang2 jah) bereti di masjid bersama ngan pihak rombongan beloh johor walaupun memang tak janji jumpa di sana). sebelum bergerak terus ke rumah pengantin....

Puas hati la juga sebab aku bawak diaorang tanpa sebarang sekatan kan.....masa untuk bergambar dengan pihak rombongan... nih kira baru sebahagian darinya.... tak leh la aku nak selit banyak-banyak tak pandai lagi bab tu.... he he.. apapun masa tu memang seronok..... Musim cuti sekolah memang penuh dengan bunga manggar di sana sini.... ... kereta hok aderr bunga pun penuh atas jalan raya... aku pun rasa kelabu mata tengok bunga manggar... ha ha....
Selesai ja majlis aku segerombongan berangakat pulang... tapi tak kesampaian lagi... coz deme seme nak gi shoping kat Rantau Panjang la pulak.... Alang-alang sampai katanya..... aku ikut ja... Tapi kat Rantau Panjang ari nih wow... tak terkata ramainya manusia bersesak-sesak... nak cari parking pun susah ,,....
Usai ja bershoping sakan di sana... Time untuk balik ke terengganu.... Hasil perbincangan ringkas.... sepakat tak nak lalu jalan asal mari coz... jalan tak berapa sesuai la katakan.... Nak tak nak lalu la jalan besar.... Rantau Panjang - Pasir mas - Wakaf Cek Yeh - Pasir Hor - Pasir Puteh - Jerteh.. tapi nak royaknya alamak eden terkandas dalam ke'jem'e yang amat terutama di Pasir Hor (kalu tak silap La.) kat sejam la jugak... hu hu/..... Apapun itulah kisah yang aku dapat titipkan buat masa nih.... sekian.... he he

Thursday, June 4, 2009

selamat pengantin baru


 Selamat pengantin baru buat jiran depan rumah aku....
biasalah dah depan rumah so... aku pun jenguk jugak lah kan.... sebagai jiran kita patut lah menjaga sesama kita,..... bukannya menjaga tepi kain jiran plak... tu tak elok kan....
meramaikan majlis gitu....
majlisnya dijalankan sebelah malam kira selepas sembahyang isya' la baru leh mula.... ramai sangat la yang datang... penuh serumah dengan pihak sebelah lelaki ja.... so aku duk kat luar ja la... gambar ni pun ambil melalui tingkap.....

Tuesday, June 2, 2009

stadium termasyur runtuh sekelip mata

Pagi ni baru kecoh kat pejabat aku Stadium Sultan Mizan runtuh.... sebab sebab nya tak tau la pulak aku... mesti dah ramai yang tau pasal ni kan.... macamana la agak nya keadaan nya sekarang.... ada orang ke tidak dalamnya ... diberitakan cam ader dalam 20 orang kat dalam semasa kejadian.... design memang comel... tapi dengan sekelip mata ianya runtuh... dan tak dapat digunakan lagi..... bukan saja gempa bumi... tanah runtuh.... stadium pun boleh runtuh..... inilah kekuasaan Allah... yang maha Esa..... Subhanallah....... lagi berita leh rujuk kat link hok aku bagi nih..... silakan menjamu mata di http://www.youtube.com/watch?v=qN21URyV5WQ

Monday, June 1, 2009

kucing terbiar

Mula - mula haku naik angin gak.... banyak gak kucing yang entah dari mane datangnya... bertapak kat umah aku....

Sampai satu masa aku gi letak... bukan buang pun .... tapi jauh dari rumah aku la.... berkilo-kilo... selang beberapa hari ... elok jer ia duk tercepuk kat dalam rumah..... kuat sungguh ia punya deria... kan... siapa sangka.. yang paling lama sekali takat ni.... kucing ni la....

manja....
tu siap boleh geletek lagi.....

Duk serumah boleh... tapi pandai pandai la kecing ker be** ke kat tempat sepatutnya... jangan la sampai atah katil... baju..... sian kat aku.... hancing ah rumah aku.....

anak sedara


aku balik ja semarin dari tempat keja aku.... bebudak anok sedara aku hok duk melaka dah ader balik.... kan ker dah cuti sekolah.... riuh serumah.... hu hu.... tu ... tengok...., tapi ni kira tak semua ah aku letak dalam gambar... he he... hok duk atah kusi tu...si upin tuh.... he he... hensem tak....
lagipun dah lamer aku tak bukak blog aku ni....
try ah test sekali....
molek ja tersusun anak anak aku nih..... pe pe pun aku stop kat sini dulu..... chow.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online