klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, November 25, 2009

Virus TAUN menyerang Terengganu

Vibrio Cholera...... Kuman taun yang kini menyerang penduduk Terengganu..... Ekornya nampak panjang sket.... ha ha.... Tu la pasal wabak taun nih lain sket dari negeri lain.... sabah/sarawak nun.... Ianya dikatakan mudah dijangkiti.... Mudah tersebar..... Bahaya bagi orang ramai..... Setakat ini berbahaya bagi penduduk Terengganu.... [ yang didapati bakteria ini mendiami makanan kegemaran orang Ganu ; KEROPOK LEKOR. .. dan selebihnya air batu..... ]
Peringatan : JIKA ANDA ADA TANDA SEPERTI ;
Cirit-birit berterusan serta muntah yang teruk
Najis cair yang berwarna
Otot kejang di pergelangan kaki dan perut
Tekanan darah turun, nadi lemah, lidah kering dan mata cengkung....
SILA ... ke HOSPITAL berdekatan anda.....kerana dah ada tercatat kematian akibat taun nih.... Kawan sepejabat aku pun dah terkena wabak ni (Dah la mengandung.... Semoga dirinya dan kandungan sihat senantiasa.....Amin)...Cuma disyaki ja baru.... Aku cuba la ngan kawan sepejabat nak gie melawat kat Hospital.... Apanya... 'Jaga' tak bagi masuk.... Kiranya satu wad tu... untuk penyakit ini DIKUARANTIN sepenuhnya.... kalah VIRUS BABI DULU>>>>>

Bagi mengukuhkan lagi; Lihat kenyataan dibawah :

KUALA TERENGGANU 19 Nov. - Jabatan Kesihatan negeri akan mempergiat aktiviti kawalan dan pencegahan terutama di kawasan yang berpotensi mengalami cirit-birit sejak wabak taun melanda negeri ini Jumaat lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan berkata, ini termasuk memberi nasihat kepada masyarakat supaya mengutamakan penjagaan kebersihan di samping penyediaan makanan yang bersih.

"Orang ramai yang mengalami cirit-birit perlu mendapatkan rawatan segera di hospital kerajaan di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican mengumumkan bahawa 158 kes taun dilaporkan di negeri ini dengan satu kematian dan dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sejak penyakit itu melanda Terengganu 11 November lalu, 112 kes dikesan daripada 402 kes cirit-birit yang mendapat rawatan di hospital dan klinik kesihatan.

Dalam pada itu, menurut Nordiyanah, kesemua pesakit yang mengalami masalah itu kini ditempatkan di hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut sekurang-kurang tiga atau empat hari sebelum dibenarkan pulang.

Beliau mengakui, walaupun menghadapi masalah kekurangan katil di hospital-hospital, beberapa langkah tertentu diambil bagi memastikan semua pesakit mendapat rawatan dan mengawal penyakit itu daripada merebak.

Tambahnya, pesakit-pesakit yang telah bebas daripada kuman itu namun berisiko terdedah atau dijangkiti semula diletakkan dalam kelompok disyaki masih mempunyai kuman taun itu.

"Saya minta kerjasama orang ramai yang cirit-birit terus mendapatkan rawatan di semua hospital kerajaan seluruh negeri dan pihak jabatan akan turut menghantar pegawai untuk memantau kawasan yang terbabit.

"Jabatan Kesihatan juga mengharapkan kerjasama semua klinik swasta supaya terus merujuk ke hospital kerajaan jika ada pesakit yang ingin mendapatkan rawatan cirit-birit," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online