klik atas

backlink

gambar laju

Monday, September 14, 2009

Hari-hari terakhir Puasa

Sedar tak sedar kita dah memasuki penghujung ramadan kan.... sekejab ja masa berlalu.... sebanyak mana amalan yang kita dapat gandakan dalam bulan ini ya??
Apapun dalam kesibukan berpuasa ramai yang menawarkan amalan berbuka puasa.... Biasanya 'namat' kat masjid-masjid kampung. tak terkecuali di kampung aku juga.... kebiasaannya makanan akan dibawa oleh penduduk setempat dan yang pastinya masjid juga akan sediakan hidangan berbuka puasa.... dalam kes ini... rumah aku juga tak terkecuali dalam menyediakan lauk pauk untuk berbuka puasa.... (kiranya masak kat rumah dan hantar ke masjid).
Ikut tradisi....ikut-ikutan la ni.....kebiasaan...... Kat rumah aku juga akan ada masa nya untuk berbuka puasa.... orang terengganu kata 'sekali arung'.... ha ha .... Tarikh jatuhnya waktu berbuka puasa @ 'namat' kat masjid kampung aku jatuh pada hari jumaat 11.09.2009 (21 ramadhan).
Berbuka puasa di rumah ku hanya dihadiri oleh sanak saudara sahaja. penuh la jugak dalam rumah.... sendat.... sampai tak cukup lauk... tapi Alhamdulillah semua dapat.... kira semput-semput.... tak membazir langsung tahun nih..... Syukur.....

Menu Berbuka Puasa

Nasi Putih(biasa)
Gulai Daging(biasa)
Tomyam Campur(biasa)
Ikan Bakar[Siakap, Barat, Cermin, Sebelah, Merah, Kembung]
Ulaman+Sambal Belacan+Telur Masin
Air Katira ....... Licin.....

Apapun terima kasih kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.... diharap semua berpuas hati dan yang mana tak berkesempatan dijemput harap tidak terasa terpinggir kerana masih ada hari tahun dan waktu yang lain untuk kita temui...InsyaAllah......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online