klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Matahari Separa 22 Julai 2009

Semalam baru jer aku tahu yang hari ni akan terjadinya Gerhana Matahari paling lama di abad ini aku rasa la kan...

Hari ini aku rasa bertuah gak ler dapat tengok melalui pejabat aku....(Leh tengok melalui tingkap yang dipasang tinted gelap 2 kali ganda) tu ada gambar yang dapat aku ambil.... aku boleh nampak apa yang dikatakan lebih kurang 13% sahaja di kawasan aku...Kuala Terengganu.

Gerhana matahari separa esok Rabu 22 Julai 2009. Dikirim oleh epondok di Julai 21, 2009
KUALA LUMPUR 21 Julai – Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.
Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.
“Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku,” kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd. Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.
Kawasan utara semenanjung merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.
Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.
Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.
- BERNAMA

Makluman : Sebarang info berkenaan gerhana Matahari Separa 22 Julai 2009 sila layari laman web berikut : http://www.falak.udm.edu.my/?news=yes&alink=20090610134017
Gerhana matahari 22 Julai 2009 Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21.Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:

"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands.

The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean."

Lokasi yang menjadi laluan gerhana penuh boleh dilihat pada rajah di bawah. Namun bagi penduduk Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama